Palestin : Penghapusan Etnik di Susiya

369011-ocha_opt_susiya_map_may_2015_english

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Palestinian National Initiative Movement Mustafa Al-Barghouti berkata, perkampungan warga Palestin, Susiya sedang menghadapi ancaman “penghapusan etnik” oleh pendatang haram Israel.

Khirbet Susiya, sebuah perkampungan warganegara Palestin badwi yang mempunyai penduduk kira-kira 300 orang, sedang menghadapi ancaman dihancurkan semenjak Mei lalu apabila Mahkamah Tinggi Israel meluluskan projek perobohan rumah dan khemah penduduk. Salah sebuah khemah dijadikan sebagai sekolah di perkampungan tersebut.

“Menghancurkan perkampungan ini menunjukkan bahawa pendatang haram Israel yang sedang merampas tanah ini merupakan penyangak dan perompak,” kata Al-Barghouti pada sidang media.

Al-Barghouti meramalkan bahawa pemusnahan kampung ini bakal menyumbang kepada peningkatan solidariti masyarakat antarabangsa bersama Palestin.

Beliau menyeru seluruh dunia untuk masuk campur dan menghalang Israel dari memusnahkan perkampungan ini dan melindungi penduduknya.

 

Sejarah Ringkas Penghapusan Etnik Palestin oleh Israel

1948 : Peristiwa Nakba Tragedi Berdarah.

Pada tahun 1948, tercatat satu sejarah hitam dan berdarah buat umat Islam apabila lebih 700,000 rakyat Palestin yang diusir dan hampir 121,000 rakyat Palestin menjadi pelarian di dalam negara mereka sendiri.

 

Kem Pelarian Aida

Pelarian Palestin di Kem Pelarian Aida, Bethlehem, 1956.

 

Peristiwa ini bermula setelah tamatnya perang Palestin pada tahun 1948 di mana rakyat Palestin dihalau dari rumah dan tanah mereka ‘melalui’ beberapa akta yang ditetapkan oleh Israel iaitu :-

  • The Absentees’ Property Law, 5710- 1950
  • The Land Acquisition (Validation of Acts and Compensation) Law, 5713-1953
  • Absentees’ Property (Eviction) Law, 5718-1958
  • Absentees’ Property (Amendment No.3) (Release and Use of Endowment Property) Law, 5725-1965
  • Absentees’ Property (Amendment No. 4) (Release and Use of Property of Evangelical Episcopal Church) Law, 5727-1967
  • Absentees’ Property (Compensation) Law, 5733-1973

Melalui akta ini rakyat Palestin yang dihalau dari kampung dan tanah mereka serta membolehkan Israel mendapatkan kekuasaan tanah ini secara ‘halal’ . Puluhan kampung dan bandar diratah dan dihancurkan Israel dalam siri penghapusan etnik rakyat Palestin.

 

Berikut merupakan beberapa petikan dari kata-kata pemimpin Zionis tentang penghapusan etnik di Palestin :-

 

David Ben Gurion, 1948

“We must do everything to ensure they (the Palestinians) never do return.” Assuring his fellow Zionists that Palestinians would never come back to their homes, “The old will die and the young will forget.”

 

Perdana Menteri Israel, Golda Meir pada 15 Jun, 1969, The Sunday times.

“There was no such thing as Palestinians, they never existed.”

 

Yoram Bar Porath, ‘Yediot Aa Hronot’ 14 Julai 1972.

“It is the duty of Israeli leaders to explain to public opinion, clearly and courageously a certain number of facts that are forgotten with time. The first of these is that there is no Zionism, colonization or Jewish State without the eviction of the Arabs and the expropriation of their lands.”

 

Israel Koenig, penulis The Koenig Memorandum. April 1976

“We must use terror, assassination, intimidation, land confiscation and the cutting of all social services to rid the Galilee of its Arab population.”

 

Raphael Eitan, Ketua Staf IDF, New York Times, 14 April 1983.

“We declare openly that the Arabs have no right to settle on even one centimetre of Eretz Israel…force is all they do or ever will understand. We shall use the ultimate force until the Palestinians come crawling to us on all fours. When we have settled the land, all the Arabs will be able to do about it will be to scurry around like drugged cockroaches in a bottle”.

 

Chairman Heilbrun of the Committee of the Election of Dr. Schlomo Lahat, Datuk Bandar Tel Aviv, 1983.

“We have to kill all the Palestinians unless they are resigned to live here as slaves.”

 

Yitzak Shamir, ucapan Perdana Menteri Israel kepada pendatang Yahudi, New York Times 1 April, 1988

“The Palestinians” would be crushed like grasshoppers … heads smashed against the boulders and walls.”

 

Kata-kata yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Zionis Israel ini jelas menunjukkan betapa mereka mahu melakukan penghapusan etnik secara total di tanah Palestin yang berdaulat ini.

 

Susunan : Amirul Asyraf

Authors

Related posts

*

Top