Pantauan Berita: 11 Januari – 16 Januari 2017

MALAYSIA

Kerjasama Malaysia-China bukan sekadar ekonomi tetapi  termasuk sektor pertahanan dan keselamatan

Lawatan kerja Zahid Hamidi ke China selama 6 hari bertemu dengan Menteri keselamatan awam China, Guo Shengkun; Presiden Interpol, Meng Hongwei; Setiausaha Suruhanjaya hal ehwal politik dan undang-undang pusat, Meng Jianzhu dan Perdana Menteri China, Li Keqiang. Lawatan ini merupakan lawatan kali kedua Zahid Hamidi selepas lawatan pada 31 Januari 2016 di mana beliau turut bertemu individu yang sama iaitu membincangkan hal keselamatan. Menurut ucapan Zahid di Majlis makan malam oleh Duta Malaysia, negara ini perlu merebut peluang daripada kepesatan ekonomi China, yang dilihat bakal muncul sebagai negara kuasa dunia yang hebat. Rancangan tersebut bagi menjayakan pembangunan Malaysia pada tahun 2050.

Lawatan tersebut juga membincangkan beberapa isu keselamatan termasuklah menentang penyeludupan dadah, penyelewengan jenayah dan terrorisme. Antaranya adalah membincangkan kejayaan China dalam melaksanakan penggunaan CCTV bersepadu. Iaitu melalui CCTV bersepadu antara pihak polis, PBT dan pihak swasta. Dalam tumpuan membasmi penyelewengan jenayah di mana sebelum ini Malaysia telah menghantar pulang selain mengenakan hukuman lain kepada 744 orang warga China yang membuat penyelewengan di Malaysia.

Menurut satu analisis di The Diplomat, perbincangan mengenai bantuan China kepada pusat serang balas maklumat serantau yang dibuat di Malaysia dengan bantuan US bagi membendung ISIS. Sejak dari 2013, Malaysia telah menahan seramai 28 warga China etnik Uighur di Malaysia yang disyaki terlibat dengan ISIS melalui Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM). Sebelum ini, Najib melancarkan Malaysia’s Regional Digital Counterterrorism Communication Centre (RDC3) pada September 2015 selepas Malaysia menyertai koaliasi melawan ISIS yang diketuai oleh US.

Beberapa persoalan yang boleh diutarakan, mengapakah koalisi keselamatan yang diketuai US ini mendapat bantuan China? Adakah hubungan keselamatan antara Malaysia China ini merupakan penanda aras, kepada banyak lagi kerjasama pada masa hadapan? Serta polisi dasar luar yang lebih lunak terhadap China.

Jho Low guna nama palsu buat penyelewengan dana 1MDB

Terdapat pendedahan terbaru yang didedahkan di mahkamah Singapura berkenaan cara penyelewengan Jho Low dengan menggunakan nama-nama yang berbeza dalam berurusan yang melibatkan isu 1MDB. Walaupun negara lain turut sama menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB, tetapi Singapura adalah antara yang effisien dalam siasatan. Pada awal minggu ini, mahkamah Singapura sering menyebut nama Eric Tan Kim Loong yang sebenarnya nama palsu kepada Jhow Low. Tambahan lagi, Branch Manager bagi Falcon Bank cawangan Singapura, Jens Sturzeneggar telah berhubungan dengan nama tersebut melalui email erickimloong.tan@gmail.com. Mahkamah Singapura juga berjaya mengenal pasti 4 pemegang akaun Falcon Bank yang dipegang oleh syarikat milik Jho Low dengan menggunakan nama palsu tersebut dan cuba dilindungi oleh Jens Sturzeneggar. Antara syarikat pemegang akaun tersebut adalah Granton Property Holdings Limited dan Tanore Finance Corporation.


ASIA

China paksa Singapura patuh kepada prinsip One China policy bagi tujuan penguasaan serantau dan The Greater China

Kerajaan China telah menahan sebanyak sembilan buah kenderaan tentera yang dimiliki oleh Singapura seusai latihan ketenteraan antara Singapura dan Taiwan atas dakwaan kerana terdapat aset pertahanan yang tidak diisytiharkan. Menurut beberapa analisa yang berlegar, isu tersebut timbul kerana konflik wilayah Taiwan sebagai negara yang enggan menjadi wilayah China dan bertentangan dengan prinsip One China Policy. Selain itu, turut berlegar di media China yang menyatakan akan keengganan Singapura untuk berpihak kepada China dalam isu Laut China Selatan. Pada tahun 1990, Singapura yang telah berikrar untuk patuh kepada prinsip One China Policy yang mana antara kandungannya ada menyebut bahawa tiada negara yang mempunyai hubungan dengan China boleh mempunyai hubungan rasmi dengan Taiwan. Di bawah prinsip One China Policy, China berhasrat membina sebuah negara The Greater China yang pada fasa ini menjadikan kesatuan wilayah Taiwan dan penguasaan Laut China selatan sebagai hasrat teras bagi mencapai The Greater China.

China telah menubuhkan 7 pangkalan ketenteraan di sepanjang Pulau Spratly. Sebagai tambahan, terdapat analisa menyebut, tunduknya Singapura kepada China menandakan semakin mudah bagi China untuk mempengaruhi negara ASEAN bagi apa-apa forum perbincangan mengenai Laut China Selatan. Dalam hal keselamatan rantau ini, calon kepada setiausaha negara US, Rex Tillerson yang merupakan bekas CEO kepada Exxon Mobil telah menyatakan hasratnya untuk menentang penguasaan China di Laut China Selatan.


Amerika Syarikat

Krisis Politik Dalaman Amerika- Kerjasama Trump-Rusia

Susulan penyiaran laporan berkenaan hubungan Trump-Rusia secara sulit, politik dalaman Amerika kelihatan bergolak. Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. (FBI, Treasury and Justice Departments, CIA, Jabatan pengarah pusat risikan kebangsaan, agensi keselamatan negara (NSA). Penyokong Trump (Republican), mencadangkan Trump agar melakukan crackdown ke atas deep state ini, dan perbalahan semakin memuncak antara pihak Democrat dan Republican sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan presiden Amerika ke 45,  20 Januari ini.

Hakikat bahawa di sebalik kedua-dua kem wujud kelompok pelobi Yahudi yang aktif dan tegar memberikan indikator kepada satu bentuk pertembungan politik dalaman antara kedua-dua kem.  Adakah perkara ini yang diingini oleh pelobi-pelobi Yahudi tersebut?


 

Oleh: 

Unit Pantauan Berita dan Analisa IRIS INSTITUTE

Authors

*

Top