Pantauan Berita: 16 Januari – 20 Januari 2017

Malaysia

Pendedahan entiti perempuan dan bekas eksekutif kanan Goldman Sach dalam menyalurkan duit ke akaun Jho Low

Pada minggu lepas mahkamah Singapura telah mendedahkan penggunaan nama ‘Eric Tan’ yang digunakan oleh Jho Low sebagai pemilik benefisiari kepada beberapa akaun Falcon bank berkaitan 1MDB iaitu Westfield Group Services Inc, Granton Property Holding Limited, Tanore Finance Corp dan Midhurst Trading Limited.

Pada minggu ini, mahkamah Singapura telah mendedahkan pengurus kepada Falcon Bank Singapura Jens Sturzenegger hanyalah pemain kecil yang menuruti perinta pihak atasannya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Eduardo Leemann, yang merupakan individu yang memperkenalkan ‘Eric Tan’ kepada Sturzenegger melalui e-mel pada Januari 2012. Leemann merupakan seorang bekas eksekutif kanan Goldman Sachs sebelum berpindah ke Falcon.

Sarawak report telah mendedahkan bahawa ia telah mengenalpasti individu yang telah menandatangani proses pembayaran daripada 4 akaun ini adalah merupakan seorang perempuan yang rapat dengan Jho Low dalam hal 1MDB.  Entiti perempuan tersebut pernah mengadu ke atas perbelanjaan Jho Low; “Ia adalah wang saya juga” yang memberi maksud terdapat peranan dan bahagian wang yang turut dimiliki oleh entiti perempuan tersebut.


China

Ucapan Xi Jinping di Davos memberi tanda China akan mengambil alih peranan Kuasa Dunia

Xi Jinping semasa ucapannya di World Economic Forum Davos menekankan bahawa China akan menyokong, orde antarabangsa di mana UN sebagai pasak kepada pentadbiran global.

During his speech, Xi also portrayed China as a champion of multilateralism. “China’s commitment to support multilateralism will not change … China will resolutely uphold the international order with the United Nations being the core of global governance,” he said.

Hal ini dilihat menempelak Trump yang mengkritik fungsi dan tujuan UN. Xi juga berkata

“We need to push for the ­democratisation of international relations … The responsibility for global governance should be shared by different countries,” Xi said.“Big countries should treat small countries as equals and ­refrain from seeking hegemony. No country should start a war casually or break international law,” he said.

“Kita perlu menyokong usaha pendemokrasian hubungan antarabangsa … Tanggungjawab tadbir urus global perlu dikongsi oleh negara-negara yang berbeza,” kata Xi. “Negara-negara besar perlu melayan negara-negara kecil sebagai sama dan menahan diri dari meluaskan hegemoni. Tiada negara patut memulakan perang  atau melanggar undang-undang antarabangsa, “katanya.

Tetapi apa yang dikatakan beliau ini sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Apabila China tidak bersetuju dengan keputusan makhamah antarabangsa terhadap keputusan sempadan di Laut China Selatan tahun lalu.


China ingin membeli Holywood, mengukuhkan lagi softpower mereka terhadap dunia.

Ahli perniagaan China merancang untuk membeli studio-studio perfileman utama di Holywood. Dengan modal yang besar mereka telah membeli beberapa studio ternama Holywood seperti legendary studios yang pernah menerbitkan filem seperti Jurassic Park. Terbaru, Wang Jianlin perintis kepada kumpulan Dalian Wanda, bercakap di World Economic Forum Davos, bahawa beliau mahu membeli syarikat-syarikat seperti Century Fox, Warner Bros. (TWX), Paramount (PGRE), Universal (CCV), Columbia(SNE) dan Walt Disney (DIS). Beliau juga merancang mahu membeli industri hiburan Amerika yang menerbitkan musik American Music Awards, Billboard Music Awards dan Golden Globe Awards. Taikun lain yang mempunyai misi yang sama, Li Ruigang berkata, hasrat ini bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan tetapi pada masa yang sama meluaskan lagi pengaruh softpower China terhadap dunia.


Eropah

Brexit, membawa Britain semakin rapat dengan China

China dilihat sebagai rakan dagang terpenting Britain dalam memastikan kedudukan ekonomi Britain stabil. Syarikat-syarikat China melihat Britain sebagai lubuk terbaik untuk pelaburan dan pembelian aset-aset strategik. Terkini, kereta api pertama yang membawa muatan dagangan secara menghubungkan Yiwu bandar pembuatan di China dan Barking di Timur London. Perjalanan ini mengambil masa 18 hari, dan dua kali lebih laju daripada mengunakan pengangkutan kapal laut. Kejayaan ini selaras dengan hasrat One Belt One Road China untuk menghubungkan China ke Eropah.


Disediakan oleh:

Unit Pantauan Berita dan Analisa IRIS INSTITUTE

Authors

Related posts

*

Top