Pelarian Rohingya Berpindah ke Penempatan Baru di Indonesia

copyright_aabadoluajansi_2015_20150807071205

copyright_aabadoluajansi_2015_20150807071205

Pelarian Rohingya yang hanyut di lautan semasa krisis penyeludupan manusia kini ditempatkan di sebuah pusat yang mempunyai bilik-bilik bagi keluarga, taman permainan untuk kanak-kanak dan juga masjid.

JAKARTA

Lebih kurang 330 warga Rohingya telah dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan bersepadu (Integrated Community Shelter) pada Khamis lalu – ditubuhkan oleh sebuah organisasi Aksi Cepat Tanggap  atau Fast Action Response, yang berpusat di Jakarta – bermodalkan Rp 6 bilion (USD 420,000) yang diperoleh daripada pelbagai pihak termasuklah dari dalam dan luar negara.

Kompleks berkenaan dibina di atas sebuah kawasan berkeluasan 5 hektar – mempunyai 120 buah bilik, untuk menempatkan setiap keluarga Rohingya, manakala dua buah berek dibina bagi menempatkan pelarian lelaki dan perempuan yang belum berkeluarga secara berasingan. Para pelarian kelihatan sibuk memindahkan peralatan rumah, beg-beg pakaian Khamis lalu.

Surakhatu, 28, memberitahu Anadolu Agency setelah menghabiskan berbulan-bulan di lautan sebelum tiba di Acheh awal Mei lalu, pusat perlindungan itu seperti sebuah rumah baharu. Dia dipaksa supaya meninggalkan Myanmar sama seperti ratusan pelarian Islam Rohingya yang mahu membebaskan diri daripada cengkaman Buddha Myanmar sejak tahun 2012. Setibanya di Indonesia setelah berada di dalam bot yang penuh sesak selama beberapa bulan, mereka ditempatkan di sebuah kompleks perikanan sebelum dipindahkan di sebuah pusat latihan kerjaya sementara pusat perlindungan sekarang dibina.

Dicky Saputra, koordinator Jawatankuasa Kebangsaan Solidariti untuk Rohingya, memberitahu Anadolu Agency Khamis lalu bahawa para sukarelawan telah tiba di kompleks baru gembira melihat wajah-wajah pelarian, terutamanya kanak-kanak yang kelihatan gembira dan memperoleh semangat baharu memasuki pusat perlindungan berkenaan. Beliau terlebih dahulu telah membincangkan hal keselamatan dan hal maintenance pusat perlindungan itu dengan para pelarian – mereka dipertanggungjawabkan untuk memastikan kawasan yang bersih, menjaga taman-taman dan pokok-pokok di dalam kawasan berkenaan.

Kompleks yang berjaya disiapkan dalam tempoh sebulan itu terbahagi kepada 15 blok – dilengkapi 46 bilik air, dua buah ruang mengajar, sebuah klinik kesihatan, sebuah taman permainan kanak-kanak, sebuah taman dan sebuah masjid. Saputra memberitahu, kompleks tersebut dilengkapi dengan pelbagai keperluan asas, bukan sekadar kem pelarian biasa.

Laila Khalidah, seorang sukarelawan terlibat, tersentuh melihatkan semangat dan kegembiraan para pelarian. Beliau merasakan segala penat lelahnya selama ini terbayar.

Pengarah Eksekutif Fast Action Response , Sri Eddy Kuncuro, telad memaklumkan bahawa program perkembangan komuniti akan dijalankan di dalam kompleks perlindungan itu, termasuklah latihan pertanian, penternakkan dan perikanan.

Sekatan ke atas penyeludupan manusia di Thailand pada Mei lalu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 4,500 pelarian Rohingya yang menggunakan jalan laut dalam usaha memasuki Malaysia terbiar hanyut di atas kapal di Laut Andaman.

Lebih daripada 1000 yang berlabuh di Acheh, tinggal di pusat-pusat sukan, gudang-gudang serta pusat perikanan sejak hari pertama mereka tiba.

Kerajaan Indonesia dan Malaysia telah menawarkan perlindungan kepada beribu-ribu pelarian Rohingya – memastikan antara pelarian yang sebenar dan imigran, melindungi mereka selama setahun. Selepas tempoh berkenaan, jawatankuasa antarabangsa akan mengambil alih tugas tersebut.

 

Terjemahan : Nureen Adnan
Sumber : AA

 

Authors

Related posts

*

Top