Pendedahan Rahsia: Singapura membantu Amerika mengintip Malaysia

us-monitoring-stations_embassy_2910_600_388_100 (1)

us-monitoring-stations_embassy_2910_600_388_100 (1)

Kuala Lumpur, 25 November 2013 – Singapura yang merupakan negara jiran bagi Malaysia kini mempunyai kerjasama dengan kumpulan perisik “5-Eyes” di Kuala Lumpur. Berdasarkan maklumat yang telah didedahkan oleh pemberi maklumat dokumen rahsia, Edward Snowden, mereka telah memiliki rangkaian telefon yang terpilih serta rangkaian komunikasi yang dipantau di Kuala Lumpur.

Dalam sebuah laporan oleh sebuah kumpulan media Australia, Fairfax Media, mereka memetik daripada akhbar harian Belanda NRC Handlesblad, memberitahu bahawa Singapura adalah “parti ketiga” dalam menyediakan maklumat serta akses kepada siaran komunikasi Malaysia kepada sebuah kumpulan yang terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, dan New Zealand.

Singapura termasuk dalam sebuah peta yang diterbitkan oleh NRC yang memaparkan cengkaman Amerika terhadap siaran komunikasi trans-Pasifik melalui kemudahan pemintasan di pantai Barat US, Hawaii, dan Guam. Kemudahan itu kemudian akan membuka semua kabel trafik di seluruh Lautan Pasifik, serta turut membuka penghubung antara Australia dan Jepun.

Pada Ogos lalu, Fairfax juga melaporkan bahawa Singapura turut bekerjasama dengan agensi pengintipan elektronik Australia, Isyarat Pertahanan Direktorat (the Defense Signals Directorate), untuk membuka kabel SEA-ME-WE-3 yang bergerak dari Jepun melalui Singapura, Djibouti, Suez dan Selat Gibraltar ke Utara Jerman.

Akses ini telah didakwa dibantu oleh pengendali telekomunikasi Singapura, Singapore Telecommunications Limited (SingTel), yang dimiliki oleh cabang pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holding. Ketua perkhidmatan awam Singapura, Peter Ong mewakili kerajaan bagi firma telekomunikasi tersebut. Beliau pernah ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara serta menjadi penyelaras perisikan di pejabat perdana menteri Singapura.

Menurut laporan tersebut, SingTel dipercayai bertanggungjawab dalam memperluas hubungan perisikan dan pertahanan di antara Australia dan Singapura pada 15 tahun lepas.

Fairfax menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia adalah dua negara yang menjadi sasaran utama pihak perisikan Australia dan Singapura sejak tahun 1970 lagi, semenjak kebanyakan trafik telekomunikasi dan internet melalui bandaraya kedua-dua negara tersebut.

Bulan lepas, Snowden telah membongkar maklumat bahawa US sedang mengendalikan sebuah stesen pemantauan di kedutaan mereka di Kuala Lumpur untuk memanfaatkan telefon dan memantau rangkaian komunikasi.

Pada asalnya, sebuah peta telah diterbitkan oleh majalah di Jerman, Der Spiegel telah menunjukkan 90 buah kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia, termasuklah di kedutaan US di Jakarta, Bangkok, Phnom, Penh, dan Yangon. Bertarikh 13 Ogos 2010, peta tersebut walau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kemudahan seperti itu di negara-negara seperti Singapura, Australia, New Zealand, Britain, dan Jepun yang merupakan sekutu terdekat US.

Pada Ogos lalu, sumber perisikan Australia telah mengesahkan bahawa alat perisikan rahsia XKeyscore, seperti yang telah didedahkan oleh Snowden, digunakan untuk mengintip Malaysia di antara negara-negara Asia-Pasifik yang lain. Program XKeyscore tersebut juga dengan bangganya menyatakan bahawa pada tahun 2008, sebanyak 300 orang pengganas telah berjaya ditangkap melalui perisikan yang menggunakan alat tersebut.

Berikutan bantuan pengintipan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi Singapura itu,  Menteri Luar Negeri pada ketika itu, Datuk Seri Anifah Aman telah melakukan tindakan dengan memanggil diplomat Singapura untuk mendapatkan pengesahan lanjut.

Terjemahan oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: TMMO dan TheGuardian

 

*

Top