Penyelesaian politik mampu tamatkan krisis Syria, kata Raja Salman

King-Salman
King-Salman

Sumber: http://www.teaparty.org/

 

RIYADH, Jumaat – Raja Arab Saudi, Raja Salman berkata satu penyelesaian politik mesti diadakan untuk menamatkan konflik di Syria yang telah menyemarakkan keganasan dan menyaksikan beratus ribu orang terbunuh.

Katanya, Arab Saudi akan mengetuai pelaksanaan ini bagi mencari penyelesaian politik ini kepada permasalahan ini.

“Arab Saudi akan mencari satu penyelesaian politik dengan kumpulan penentang kerajaan Syria,” katanya ketika majlis pembukaan persidangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Raja Salman turut menyentuh isu-isu di rantau ini termasuk Palestin, Yaman dan keperluan untuk meningkatkan usaha memerangi keganasan.

Beliau menyifatkan adalah menjadi keperluan untuk negara-negara Teluk bersatu ekoran konflik-konflik yang melanda rantau berkenaan.

“Gabungan yang diketuai oleh Arab Saudi berminat untuk mencapai keselamatan dan kestabilan dalam peperangan di Yaman di bawah pimpinan kerajaan yang sah.

“Kami negara-negara GC, menyokong penyelesaian secara aman kepada krisis di Yaman untuk membolehkan negara itu untuk mengatasi konflik dan kemudiannya mencapai keamanan,” kata Raja Salman merujuk kepada penyelesaian yang dibina dalam dialog kebangsaan, inisiatif Teluk, dan Majlis Keselamatan PBB Resolusi 2216.

Ini berikuatan katanya, cara untuk menyelesaikan krisis negara itu adalah melalui kerjasama dan politik.

Menyentuh mengenai keganasan, Raja Salman menyeru masyarakat antarabangsa untuk berkongsi tanggungjawab dalam memerangi ekstremisme dan keganasan.

“Kerajaan mengenakan usaha untuk memerangi keganasan dan akan meneruskan usaha dengan kerjasama negara-negara jiran kita,” katanya. – Agensi

Authors

Related posts

*

Top