Perang Iraq : Tony Blair Mohon Maaf

Tony-Blair-AP

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair telah memohon maaf kerana melibatkan Britain dalam kancah perang di Iraq pada 2003.

“Saya boleh katakan bahawa saya memohon maaf atas fakta bahawa risikan yang kami terima adalah salah kerana, walaupun beliau (Saddam Hussein) telah menggunakan senjata kimia secara meluas terhadap rakyatnya sendiri dan orang lain, program (senjata kimia) ini sebenarnya tidak wujud pun sepertimana yang kita fikirkan,” kata Blair dalam satu temubual eksklusif di CNN Ahad lepas.

Kenyataan ini Blair merujuk kepada dakwaan bahawa rejim Saddam memiliki senjata pemusnah besar-besaran, yang digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk sebagai alasan ‘membenarkan’ jenayah pencerobohan mereka berlaku ke atas Iraq. Namun begitu, menurut laporan perisikan, dakwaan tersebut ternyata tidak benar.

Perang dan usaha penggulingan kerajaan Saddam mengakibatkan Iraq bertambah huru-hara dan mengalami keganasan melampau yang berpanjangan. Berpuluh-puluh ribu rakyat Iraq, lebih 4,000 tentera AS dan 179 anggota perkhidmatan Britain terbunuh dalam konflik yang panjang itu.

Tony Blair dan Britain selaku sekutu asing berprofil tinggi kepada bekas Presiden AS George W. Bush dalam jenayah pencerobohan Iraq, beliau mendapati bahawa legasi beliau dibayangi oleh perang, ditambah dengan persoalan-persoalan dan kritikan-kritikan yang tidak berkesudahan. Ditambah dengan seruan Bush dalam kempen Presiden 2016 untuk bawa AS ke Iraq semula menguatkan lagi bunyi-bunyi kritikan ke atas tindakannya dahulu.

Tetapi Blair bertindak menghentikannya dengan ucapan pendek permohonan maaf.

‘Chilcot Enquiry’

Media Britain menafsirkan permohonan maaf Blair sebagai satu taktik sebagai persiapan asas bagi menghadapi penerbitan ‘Chilcot enquiry’ berhubung jenayah perang di Iraq. Blair, yang sedar akan apa Chilcot rancang dan bakal katakan mengenai beliau dalam laporan ynag ditunggu-tunggu itu, cuba mengambil langkah untuk menafikan kritikan-kritikan terhadapnya, kata Guardian.

Dalam laporan tersebut, Chilcot dijangka mengkritik penggunaan perisikan yang mencadangkan bahawa Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah besar-besaran semasa perang Iraq. Bekas Setiausaha Tetap Pejabat Ireland Utara juga dijangka akan mengatakan bahawa United Kingdom dan Amerika gagal membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi senario post-pencerobohan.

The Independent telah mengeluarkan suatu laporan fakta bagi menunjukkan bahawa orang awam British terpaksa menunggu 11 tahun untuk mendengar permohonan maaf Blair.

Semua tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam konflik jenayah perang Iraq, termasuk Blair dan lain-lain ahli politik kanan Parti Buruh difahamkan telah diberi notis dakwaan kepada mereka dalam laporan Chilcot yang dijangka akan diumumkan tahun depan, lapor Telegraph.

Terjemahan oleh : Farris Hanafi
Sumber : PressTV

Authors

Related posts

*

Top