Perang Provokasi antara Pesawat Rusia dan Kapal Perang Amerika

ShowImage
Dua bush pesawat Rusia dilihat terbang berhampiran kapal AS, USS Ronald Reagen

Dua buah pesawat Rusia dilihat terbang berhampiran kapal AS, USS Ronald Reagen

Dua buah pesawat dari Rusia telah didekati oleh pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) selepas pesawat tersebut terbang mendekati kapal AS yang membawa muatan bagi kapal terbang, berkata Tentera Laut AS.

Perkara ini berlaku pada Selasa lalu apabila Russian Tu-142 “Bear” pesawat peninjau tentera laut terbang dalam jarak 1.8km dengan pesawat membawa muatan, USS Ronald Reagan semasa melalui Laut Jepun, berkata pegawai tentera laut pada Khamis lalu.

Tindakan tersebut menyebabkan AS bertindak menghantar sebanyak empat pesawat pejuang F-18 bagi mengiringi  kapal tersebut.

Kapal AS yang membawa muatan pada ketika itu berada di kawasan perairan antarabangsa di timur semenanjung Korea.

Pihak tentera memberitahu bahawa mereka sudah pun memberi signal kepada pesawat Rusia tersebut namun tiada respon yang diterima.

“Ianya adalah operasi biasa apabila AS menghantar pesawat bagi mengiringi pesawat yang terbang di kawasan sekitar kapal tentera laut AS,” berkata Komander tentera laut AS, William J. Marks. “Interaksi seperti ini dianggap sebagai langkah keselamatan.”

Pertembungan rapat antara dua pesawat dari negara yang berbeza ini bukanlah perkara baru.

Pada 4 Julai, Rusia telah menghantar beberapa pesawat menghampiri kapal US States of Alaska and California, tanpa berbuat apa-apa.

Pada April lalu, pesawat pejuang Rusia SU-24 telah menerbangkan pesawat mereka secara“jarak dekat dari altitude rendah” dan melepasi kapal UUS Donald Cook di kawasan barat Black Sea berhampiran Romania, menurut sumber Pentagon.

Tambahan pula, pesawat dari Rusia telah dihantar bagi mengelilingi kapal tentera laut AS di Black Sea pada 2014. Pegawai AS menyifatkan tindakan tersebut sebagai provokatif.

 

Pertembungan di Syria

Pertembungan yang sama juga turut dilaporkan berlaku di Syria, semenjak bermulanya kempen udara yang dilancarkan oleh Moscow di negara Arab pada 30 September.

Awal Oktober ini, Pentagon mengesahkan bahawa pesawat Rusia dan jet pejuang AS telah bertembung dalam jarak yang dapat dilihat antara satu sama lain di Syria.

Dalam pertembungan lain pada bulan ini, dua US F-16s terpaksa mengubah arah penerbangan mereka bagi mengelakkan pertembungan dengan jet pejuang Rusia.

Rusia dan AS telah mengemukakan kempen bagi melancarkan peluru berpandu dari udara bagi menentang kumpulan Daesh Tafkiri dan organisasi lain yang bertapak di negara Timur Tengah.

 

Terjemahan: Khadijah Hanim Zulhaimi

Sumber: PressTV

Authors

*

Top