‘Perang Siber’ semakin meruncing!

Pada akhir tahun ini, di kala musim cuti dan musim sejuk terutamanya di negara-negara Hemisfera Utara kelihatan aktiviti penggodaman dan serangan cukup aktif.

Merujuk kepada sebuah syarikat keselamatan IT, Norse Corp laman sawang mereka memaparkan paparan semasa interaktif (realtime interactive map) aktiviti peperangan dunia siber secara global.

Laman sawang tersebut menunjukkan serangan penafian perkhidmat teragih (DDoS) yang bertalu-talu daripada China dan Turki lewat petang ini.

 

 

Dalam serangan DDoS, sistem yang disasarkan akan terjejas akibat aliran trafik yang cukup besar dihalakan menyebabkan perkhidmatan (service) terhenti daripada beroperasi, mengakibatkan penafiaan akses oleh pengguna yang sah.

Syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengakui maklumat yang dipaparkan di laman sesawang mereka adalah tepat dan menggambarkan sesuatu yang perlu dirisaukan oleh semua pihak.

Menurut Norse Corp yang juga dianggotai oleh bekas tentera Amerika dan NSA (National Security Agency) mengatakan ini adalah senario sebenar yang berlaku setiap hari pada tahun 2015.

Bagaimana DDoS berlaku ?
Satu rangkaian komputer yang telah dikompromi diarahkan membuat permintaan (service request) daripada sistem tersebut secara serentak dan berulang-ulang.

Pakar menganggarkan bilangan serangan seperti ini meningkat sebanyak 20% dalam tempoh 2 tahun lepas dengan purata 3000 insiden sehari.

 

BNM DDoS

 

England, China dan Amerika dilihat sebagai tiga buah negara yang aktif di dalam peperangan berbentuk digital ini membuktikan kapasiti dan keupayaan mereka menghadapi ancaman seperti ini.

Menurut Akamai, England mencatatkan penyerang tertinggi pada kadar 26%, diikuti China 21% dan Amerika 17%. Manakala negara-negara lain seperti Spain, India dan South Korea masing-masing mencatatkan 7%.

 

 

China secara agresif mengikuti perkembangan negara-negara lain seperti Amerika dan Eropah dalam membangunkan potensi-potensi di dalam bidang pengaturcaraan (programming)  dan mensasarkan pada tahun 2030 mempunyai jumlah potensi pengaturcara (programmer) teresar di dunia.

Suasana yang berlaku ini mendorong kepada perang siber antara negara yang berlaku dengan sangat pesat sekarang.

 

Oleh : Azril Hanafi

Head Of Cyber Security Division
Definite Security Malaysia
Sumber :

  1. http://www.norse-corp.com/
  2. http://map.norsecorp.com/
  3. http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/bm/2014/cp03_rencana_01.pdf
  4. http://www.express.co.uk/news/science/594638/HACKING-MAP-Watch-live-China-hack-attacks-UK-USA-Norse-Corp-NSA-Europe-military
  5. http://www.usnews.com/news/blogs/data-mine/2015/09/24/this-map-from-norse-depicts-hacking-in-real-time
  6. https://www.stateoftheinternet.com/
Authors

Related posts

*

Top