Percaturan Politik di Asia Selatan: Antara Kuasa dan Keselamatan

Washington : Prime Minister Narendra Modi at the dinner hosted by the President of United States of America (USA), Barack Obama, at the White House, in Washington on Thursday. PTI Photo (PTI4_1_2016_000012B)

Nuklear Security Summit (NSS) 2016 yang berlangsung di Washington DC, Amerika Syarikat (US) telah melabuhkan tirainya secara rasmi pada 1 April yang lalu. NSS pada tahun ini telah berjaya mengumpul lebih daripada 50 negara dimana delegasi Malaysia diketuai oleh YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri. NSS yang diadakan setiap dua tahun sekali sejak tahun 2010 berkisar kearah pengukuhan tahap keselamatan bahan nuklear dan pencegahan penyeludupan bahan tersebut.

NSS2016

Presiden US, Barack Obama dalam ucapan pergulungan beliau telah menzahirkan rasa kebimbangan beliau andai bahan radioaktif ini jatuh ketangan puak pengganas yang berpotensi menggunakan bahan ini untuk membuat “dirty bomb” dan seterusnya mengorbankan lebih ramai manusia. Lebih menarik lagi, Presiden Obama dalam sidang media selepas berakhirnya NSS juga mengesyorkan agar India dan Pakistan mengurangkan senjata nuklear mereka.

Umum mengetahui bahawa India dan Pakistan mempunya hubungan diplomatik yang agak keruh sejak dari kedua-dua negara mencapai kermedekaan daripada British. Konflik Kashmir yang sehingga ke hari ini masih gagal mendapat satu penyelesaian yang lebih konkrit selain daripada persetujuan gencatan senjata pada tahun 2003 adalah antara konflik yang berprofil tinggi yang berpotensi meletakkan India dan Pakistan kearah kancah peperangan. Justeru itu, kedua-dua negara mengambil langkah memperkuatkan sistem pertahanan negara masing-masing dengan membangunkan senjata nuklear tersendiri.

Menurut Setiausaha Luar Pakistan, Aizaz Chaudhary, program pembangunan senjata nuklear Pakistan yang pada hari ini telah mencapai usia 40 tahun hanya bertujuan untuk mempertahankan negara tersebut dan bukan untuk mengancam mana-mana pihak. Namun, ada pihak yang tidak senang duduk andai pembangunan senjata nuklear ini diteruskan, antaranya adalah US itu sendiri selaku pemilik terbesar senjata nuklear dunia disamping Rusia. Menurut Peter Symonds menerusi artikel beliau yang diterbitkan oleh International Committee of the Fourth International (ICFI), focus utama US bukanlah bertujuan untuk melupuskan senjata nuklear secara global tetapi pendekatan yang diambil US tidak lain hanyalah untuk mengekalkan dominasi mereka sebagai kuasa terbesar senjata nuklear.

 

Berbalik kepada pemilikan senjata nuclear oleh Pakistan dan India, lebih kurang 10 tahun yang lalu, US yang ketika itu dibawah pemerintahan Presiden George W. Bush berjaya mencapai kata sepakat dengan India untuk menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai ‘US-India Nuclear Deal’. Antara intipati perjanjian ini adalah India diberi kemudahan untuk mengimport uranium daripada negara-negara pembekal selepas US memberi tekanan kepada negara-negara tersebut agar melonggarkan sekatan yang dikenakan terhadap India. India yang dipimpin oleh Perdana Menteri Manmohan Singh menyambut baik perjanjian ini kerana mereka ketika itu sedang mengalami kekurangan bekalan radioaktif yang serius dan berdepan risiko menghentikan lebih kurang 50 peratus kapasiti nuklear andai masalah bekalan ini berterusan. Pada masa yang sama, perjanjian ini turut memberi peluang kepada India untuk membeli kelengkapan atau alat rector nuclear berteknologi tinggi daripada US dan secara langsung membolehkan India membangunkan program senjata nuclear walaupun pada dasarnya rektor ini dikhususkan untuk penjanaan kuasa dan bukannya ketenteraan. Sebagai balasan, India akan dikenakan beberapa syarat seperti membenarkan US memantau penggunaan kelengkapan yang dibeli terus daripada US dan situasi seperti ini pada akhirnya menyebabkan perjanjian antara US dan India ini kurang membuahkan hasil sehingga memaksa Presiden Obama melawat India pada awal tahun 2015 dalam usaha memburu persefahaman dengan kepimpinan semasa India.

Washington: Perdana Menteri India Narendra Modi di majlis makan malam yang dijemput oleh Presiden Amerika Syarikat (USA), Barack Obama, di White House. PTI Photo

Washington: Perdana Menteri India Narendra Modi di majlis makan malam yang dijemput oleh Presiden Amerika Syarikat (USA), Barack Obama, di White House. PTI Photo

Menurut The Diplomat, perjanjian nuklear diantara India dan US ini telah menyebabkan Pakistan bersifat lebih aggresif dalam membangunkan program senjata nuklearnya. Pakistan yang menjadi sekutu kuat US selepas peristiwa 9/11 berasa tersisih kerana US seolah-olah lebih berpihak kepada India dalam aspek pembangunan senjata nuklear. Hal ini memberi peluang kepada China untuk mengukuhkan cengkamannya di Asia Selatan dengan menjadikan Pakistan sebagai rakan strategiknya. Nuclear Threat Initiative (NTI) yang berpengkalan di Washington DC melaporkan setakat ini China telah membekalkan Pakistan sebanyak empat buah reactors dimana hal ini membolehkan Pakistan menggandakan jumlah pengeluaran plutoniumnya. Bantuan China kepada Pakistan juga tidak terhad kepada pembangunan nuclear semata-mata apabila China telah bersetuju untuk membangunkan China-Pakistan Economic Coridor (CPEC) yang sudah semestinya memberi manfaat jangka panjang terutamanya dari segi ekonomi kepada Pakistan dan pada masa yang sama memberi ruang kepada China untuk terus bertapak di Asia Selatan.

The Economic Times pada awal tahun ini melaporkan bahawa kehadiran China di Asia Selatan secara tidak langsung turut membuka peluang kepada US untuk memperluaskan pengaruhnya di rantau itu. Paling tidak, India yang disebut berpotensi untuk menjadi kuasa besar mungkin agak sedikit terancam dengan kehadiran China dan besar kemungkinan India akan cuba merapatkan hubungan dengan US. Walau bagaimanapun, dari konteks perlumbaan senjata nuklear, kehadiran China bukan satu-satunya ancaman kepada US dan India dirantau itu kerana menurut portal berita BBC, Arab Saudi turut memberi bantuan kewangan kepada Pakistan untuk membangunkan senjata nuclear bagi pihaknya. Dari aspek ini, Pakistan mungkin dilihat US sebagai sel kanser yang perlu diberi rawatan segera sebelum ia merebak menjadi lebih parah.

Maka tidak hairanlah mengapa Presiden Obama dilihat begitu serius untuk mencari permuafakatan baharu bersama India dalam isu perjanjian nuklear dimana beliau turut mencadangkan agar India dan Pakistan mengurangkan pembangunan senjata nuklear mereka. US dilihat bergitu terdesak untuk mengekalkan dominasinya sebagai kuasa utama senjata nuklear dan pada masa yang sama cuba untuk menyekat pembangunan senjata nuklear negara-negara lain. Dalam konteks Asia Selatan, bilamana India sudah berada dibawah telunjuk US, dunia pasti ingin melihat bagaimanakah caranya US bakal menjinakkan Pakistan yang semakin dibayangi kuasa besar China.

Amar Yasier

Penulis adalah seorang Pengalisa di IRIS dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di King’s College, London. Berlatar belakangkan akademik dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko, penulis juga mempunyai minat yang tinggi dalam bidang ‘Economic and Political Geography’. Kini, penulis giat menjalankan penyelidikan dalam bidang Pengurusan Risiko Bencana (Disaster Risk Management) di rantau Asia dimana penulis berminat untuk menjadikan State dan Non-State actors di sesuatu kawasan itu lebih berdaya tahan dalam menghadapi bencana.

Reference

http://www.insightonconflict.org/conflicts/kashmir/conflict-profile/

http://www.reuters.com/article/pakistan-china-security-gwadar-idUSKCN0VH06F

http://www.nti.org/learn/countries/pakistan/nuclear/

http://www.globalresearch.ca/obamas-nuclear-summit-underscores-danger-of-war/5518060

http://www.firstpost.com/world/nuclear-security-summit-pakistan-claims-its-nuclear-programme-is-modest-but-indias-is-ambitious-2708122.html

http://gulfnews.com/opinion/editorials/nuclear-security-summit-is-important-in-today-s-world-1.1702576

http://zeenews.india.com/news/india/key-announcements-by-pm-modi-at-nuclear-security-summit_1871677.html

http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-24823846

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Authors

*

Top