Pesawat Pertama Buatan China, COMAC Cabar Boeing dan Airbus

AV4R2396

AV4R2396

Kapal terbang pertama yang dihasilkan atas inisiatif kerajaan China untuk bersaing dengan pasaran pesawat penumpang telah dilancarkan di Shanghai.

Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC) mempamerkan pesawat binaan mereka, C919 yang merupakan sebuah pesawat enjin berkembar dalam satu majlis yang diadakan pada Isnin. Majlis yang diadakan di hangar yang berdekatan Pudong International Airport itu dihadiri oleh seramai 4,000 orang pegawai kerajaan dan tetamu yang lain.

Pasaran penerbangan China kini sedang meningkat, namun mereka masih bergantung pada pesawat Boeing dan Airbus. Parti Komunis yang memerintah ingin mengurangkan sebahagian daripada faedah syarikat yang banyak disalurkan ke pembekal asing.

 

Pergantungan pada Boeing dan Airbus

“Industri pengangkutan udara China tidak perlu bergantung sepenuhnya pada import. Sebuah negara yang hebat mesti membangunkan syarikat pesawat miliknya sendiri,” kata ketua penerbangan awam negara, Li Jiaxiang kepda tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

Bagi China, pesawat tersebut adalah tanda kerja keras mereka yang mengambil masa selama sekurang-kurangnya tujuh tahun atas arahan kerajaan yang ingin mengurangkan pergantungan- terhadap konsortium Airbus dari Eropah dan Boeing  dari Amerika Syarikat serta ingin bersaing dengan mereka.

Ketika majlis pelancaran berlangsung, pesawat buatan China yang berukuran 39 meter panjang itu diarak keluar oleh sebuah trak kecil serta diiringi oleh pekerja-pekerja yang menjayakan projek tersebut.

“Pelancaran pesawat C919 yang pertama ini telah menandakan satu pencapaian yang besar dalam pembangunan pesawat tempatan,” kata Jin Zhuanglong, pengerusi COMAC dalam majlis pelancaran tersebut.

Pesawat itu, yang mampu bergerak dalam jarak sejauh 5,555 kilometer, akan membuat ujian penerbangan pertama pada 2016, kata beliau lagi. Ujian ini akan ditangguhkan dari tarikh asalnya pada tahun ini. Menurut akhbar China Daily, tarikh bagi penerbangan rasmi pula akan dibawa ke tahun 2017.

Sejak 1970 lagi kerajaan China telah bercita-cita untuk membina pesawat awam buatan sendiri. Idea ini turut disokong oleh seorang ahli “Gang of Four” yang terkenal, Jiang Qing. Namun disebabkan faktor berat pesawat Y-10 menjadikannya tidak praktikal dan hanya tiga buah pesawat yang berjaya dihasilkan.

Walaupun C919 dihasilkan di China, mereka masih bergantung pada firma asing untuk mendapatkan bekalan sistem-sistem pesawat seperti enjin yang dikeluarkan oleh CFM International, sebuah usaha sama antara General Electric (GE) dari U.S. dan France’s Safran.

 

Lebih daripada 500 tempahan

Jumlah perbelanjaan untuk sebuah C919 bagaimanapun tidak diberitahu. Bulan lepas, Bank Eksport-Import China berkata mereka akan menyediakan sejumlah $7.9 bilion kepada COMAC untuk projek pesawat syarikat itu.

Menurut kenyataan yang dibuat COMAC, mereka kini telah pun menerima tempahan pesawat C919 sebanyak 517 buah dan kebanyakan mereka adalah pembeli tempatan. COMAC juga menerima tempahan daripada pelanggan asing seperti Thailand’s City Airways yang telah menempah sebanyak 10 buah pesawat C919.

Memandangkan pesawat tersebut dijangka akan mula beroperasi sekurang-kurangnya pada 2019, pesawat C919 yang ditempah berkemungkinan akan mengambil masa beberapa tahun sebelum ia dihantar kepada pembeli.

“Masih banyak proses yang perlu dillakukan,” kata Briand Greer, presiden Asia-Pacific of Honeywell Aerospace yang membekalkan C919 dengan empat sistem utama; kawalan penerbangan, tayar dan brek, unit kuasa tambahan dan navigasi. Beliau turut memberitahu AFP, “Pesawat itu masih banyak yang perlu diuji, perlu tingkatkan lagi ujian penerbangan, sistem integrasi dan pensijilan.”

COMAC juga mengeluarkan sebuah jet serantau, ARJ (Advanced Regional Jet), dalam sebuah projek yang lepas.

 

Ujian penerbangan

ARJ milik China yang dilengkapi dengan 78-90 tempat duduk, masih menjalani beberapa ujian penerbangan dan masih kekurangan pensijilan penting daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat yang membolehkan jet tersebut untuk terbang di sekitar ruang udara U.S.

Selain itu, syarikat China terbabit turut merancang untuk bekerjasama dengan Syarikat Pesawat United Rusia, dan semakin banyak spekulasi mengatakan bahawa China akan membina sebuah entiti aero-enjin bagi menghasilkan jet-jet yang berkuasa tinggi yang diperlukan untuk pesawat awam.

China dijangka akan menambah sebanyak 6,330 buah pesawat baru yang bernilai $950 bilion menjelang 2034. C919 mensasarkan segmen pasaran menguntungkan yang didominasi oleh Boeing 737 dan Airbus A320.

“Kajian dan pembuatan pesawat besar adalah sangat kompleks,” kata Timbalan Perdana Menteri China Ma Kai yang turut menghadiri majlis pelancaran tersebut. “Kita masih memerlukan masa yang panjang untuk meneruskan operasi komersial.”

 

Terjemahan oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: Al-Jazeera

 

*

Top