Politik Turki : Tubuh Kerajaan Campuran atau Pilihanraya Semula?

DAVUTOGLU AK PARTI KOALISYON HEYETI ILE GORUSTU FOTOGRAF : ANKARA (DHA)

copyright_aabadoluajansi_2015_20150807072152

Turki masih lagi dalam usaha menubuhkan kerajaan baru sejak pilihanraya umum 7 Jun lalu, dan berpotensi untuk diadakan semula pilihanraya selepas 3 minggu tamat sekiranya mana-mana parti selain AKP tidak bekerjasama dengan parti menang AKP dalam.

ANKARA

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu mempunyai kurang dari 3 minggu untuk membentuk kerajaan campuran sejak Parti AK (AKP) telah memenangi majoriti kerusi parlimen iaitu sebanyak 258 kerusi pada pilihanraya umum pada 7 Jun lalu.

Pada 9 Julai lalu, Davutoglu diberi mandat dan diarahkan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan bagi menubuhkan kerajaan baru dalam jangka masa 45 hari dari tarikh keputusan pilihanraya dan rundingan ini diteruskan sehingga 13 Julai.

Dalam tempoh rundingan berjalan, kebarangkalian untuk diadakan pilihanraya semula itu ada disebabkan tarikh akhir bagi membentuk kerajaan baru semakin menghampiri iaitu pada 23 Ogos.

13 Julai – Pertemuan pertama kali antara AKP dan CHP bagi membuat rundingan dalam membentuk parti campuran yang dihadiri kedua-dua ketua bagi parti tersebut, Davutoglu dan Kemal Kilicdaroglu.

14 Julai – Davutoglu mengadakan pertemuan dengan ketua Nationalist Movement Party (MHP), Devlet Bahceli.

15 Julai – Pertemuan diadakan antara Davutoglu dengan Timbalan Pengerusi Peoples’ Democratic Party Pro-Kurdi (HDP), Selahattin Demirtas.

CHP yang menduduki tempat kedua semasa piliha raya umum 7 Jun lalu telah memenangi sebanyak 131 kerusi parlimen, dilihat mempunyai potensi yang besar dalam membentuk pakatan dengan parti pro-Kurdish, HDP dan menolak untuk membentuk kerajaan campuran dengan AKP.

AKP dan CHP telah memasuki fasa rundingan rasmi dalam membentuk kerajaan baru sejak 2 minggu lalu dan pada Selasa lepas, pertemuan dan perbincangan (explatory talks) yang kelima telah berlangsung antara kedua-dua parti tersebut.

Khamis lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Ömer Çelik (AKP), telah membentangkan laporan pertemuan selama 35 jam yang telah dibuat sebelum ini kepada Davutoglu. Selepas 2 jam pembentangan dilakukan, Celik mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa beliau dan delegasinya telah membuat pembentangan melalui 3 sudut pandang termasuklah yang dipersetujui, tidak dipersetujui dan topik yang perlu dibincangkan oleh ketua-ketua parti.

Manakala, Lembaga Eksekutif Pusat (MYK) bagi CHP telah mengadakan mensyuarat Rabu lalu bagi membentangkan laporan yang telah disediakan sepanjang mesyuarat exploratory.

 

Halangan

Melalui laporan yang telah dibentangkan, terdapat 5 perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua parti, dan hal ini menyebabkan ahli CHP mula putus harapan dalam pembentukan kerajaan campuran antara AKP dan CHP .

CHP telah menetapkan 14 syarat bagi membentuk kerajaan campuran dan berhajat bagi mengambil alih 2 kementerian iaitu :-

  • Kementerian Perhubungan Luar Negeri, dalam cubaan mengubah polisi luar negeri Turki, di mana Davutoglu merupakan ketua perangkanya.
  • Kementerian Pendidikan Nasional, di mana Davutoglu sekarang bertindak sebagai Menteri Pendidikan Nasional Turki.

Ketidaksepakatan dalam polisi luar negera dan pendidikan ini akan dibincangkan dengan kesemua ketua ahli parti politik di Turki dengan hati yang terbuka.

 

Pertemuan seterusnya

Kedua-dua parti tersebut akan mengadakan pertemuan terakhir pada Isnin depan bagi mengadakan perbincangan terakhir dalam menubuhkan kesepakatan. Davutoglu akan bertemu dengan ketua CHP, Kilicdaroglu buat pertama kalinya selepas beberapa siri explotary talks bagi menubuhkan kerajaan campuran.

Namun begitu, jika kedua-kedua parti gagal dalam mewujudkan kata sepakat, Davutoglu akan mengalihkan rundingan dalam membentuk parti campuran dengan MHP. Pertemuan akan diadakan antara Davutoglu dan Pengerusi MHP, Devlet Bahçeli.

Sekiranya tiada kerajaan baru yang dibentuk apabila telah tiba tarikh yang telah ditetapkan, Presiden Erdogan atau ahli parlimen akan mengadakan pilihan raya sekali lagi pada Ahad pertama selepas 90 hari dari tarikh tutup pertama pada bulan November.

Walau bagaimanapun, sekiranya parlimen membuat keputusan untuk mengadakan kembali pilihan raya, Lembaga Tertinggi Pilihan Raya mempunyai kuasa dalam mengurangkan tempoh 90 hari kepada separuh dari itu.

Rundingan dalam membentuk parti campuran di Turki kali terakhir dibuat 16 tahun lalu apabila Democratic Left Party (DSP), yang diketuai Bulent Ecevit gagal memenangi majoriti semasa pilihan raya umum pada 18 April 1999.

Sejak tahun 2002, AKP telah memenangi 3 pilihan raya umum dan berkuasa dalam membentuk kerajaan-satu parti selama lebih sedekad, sehinggalah pilihanraya umum 7 Jun berlangsung, AKP gagal memenangi majoriti undi untuk membentuk kerajaan-satu parti seperti sebelumnya.

Susunan : Khadijah Hanim Zulhaimi
Sumber : DailySabah, AA[1][2]

Authors

Related posts

*

Top