Rakyat Jepun Bantah TPP

katz_tradetraitors_tpp

transpacific_rtr_img2

Lebih 1000 orang telah memfailkan dakwaan terhadap kerajaan Jepun pada Jumaat lalu, berharap kerajaan menghentikan penglibatannya dalam perjanjian perdagangan bebas Pacific Rim yang melibatkan 12 buah negara di mana mereka menggelarkannya sebagai ‘’tidak berperlembagaan’’.

Seramai 1,063 plaintif termasuk ahli parlimen, menuntut kes ini dibawa ke Mahkamah Daerah Tokyo di mana mereka mendakwa Trans Pacific Partnership bakal menggugat hak asasi rakyat melalui perlembagaan.

Dakwaan tersebut diketuai Masahiko Yamada, 73, seorang peguam dan bekas Menteri Pertanian (2010) serta ahli Parti Demokrasi di Jepun.

TPP bakal mencabuli hak rakyat Jepun untuk mendapatkan bekalan makanan yang stabil, atau meneruskan kehidupan, dan ia termaktub dalam perlembagaan, Artikel 25.

Menurut plaintif, perjanjian tersebut bakal menguntungkan syarikat-syarikat besar namun ia turut membahayakan keselamatan makanan negara, sistem perubatan dan memusnahkan sektor domestik ladang.

Dakwaan tersebut merupakan satu lagi putar belit oleh Jepun dan AS, dua kuasa besar ekonomi yang terlibat dengan TPP, dalam usaha untuk mempercepatkan perbincangan perjanjian tersebut yang meliputi hampir 40% perdagangan dunia.

Menurut Yamada lagi, sekiranya perjanjian tersebut diteruskan maka kebergantungan Jepun terhadap barangan import ladang akan meningkat lagi iaitu sebanyak 60% daripada makanan yang diperlukan lalu, menghalang target sara diri di Jepun dan mengancam keselamatan makanan.

Walaubagaimana pun, pegawai pasukan petugas Pejabat Kabinet TPP enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan tersebut.

AS mempercepatkan langkah

Sementara itu, Jepun dan AS belum lagi mencapai persetujuan dua hala yang berkemungkinan memberi jalan kepada perjanjian 12-negara, manakala Senat AS telah mempercepatkan langkah bagi membenarkan Presiden Barack Obama mempercepatkan perjanjian perdagangan tersebut.

Bakal ahli TPP telah terlepas beberapa siri tarikh tamat sejak AS berkata ia akan menyertai perbincangan tersebut pada 2009. Jawatankuasa perdagangan promosi perundangan AS telah ditetapkan bagi meluluskan Senat pada minggu depan dan berpindah ke Rumah Putih. Obama turut memujuk para ahli Demokrat yang enggan menyokong langkah tersebut. Beliau berkata pihak berkuasa tersebut berkepentingan untuk menamatkan rundingan TPP.

TPP bakal menggugat kehidupan rakyat

Peguam bela telah berhujah berkaitan keberkesanan jangka masa panjang perjanjian tersebut yang bakal meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan mencipta pekerjaan baru. TPP mampu meningkatkan permintaan eksport makanan Jepun dalam kalangan 800 juta rakyat di setiap negara TPP atau 10% pengguna antarabangsa, kata Menteri Pertanian Yoshimasa Hayashi pada bulan lepas. Perdana Menteri Shinzo Abe telah mensasarkan target untuk melipatgandakan eksport makanan negara ke 1 trillion Yen pada tahun 2020.

Kesemua plaintif berkata TPP bakal mengubah beberapa undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan kehidupan rakyatnya ‘’demi kebebasan dan keuntungan korporat antarabangsa’’.

Mereka mendakwa bahawa kemasukan produk asing yang murah melalui perjanjian tariff pemotongan bakal menggugat pengeluar domestik dan menurunkan nisbah makanan sara diri di Jepun.

Mereka juga berkata perjanjian sulit itu bakal menjadikan harga ubat-ubatan melambung naik dan mencabuli hak rakyat untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang betul dengan memihak kepada firma-firma farmaseutikal besar.

Kesemua negara TPP telah pun berunding bagi memperkenalkan sebuah klausa penyelesaian pertikaian pelabur negeri yang bakal memberikan hak kepada syarikat multinasional untuk menyaman sesebuah negara bagi mendapatkan pampasan. Pihak plaintif turut menyatakan penentangan terhadap klausa tersebut kerana ia bakal mengancam kebebasan badan kehakiman.

Mereka turut berkata rundingan rahsia TPP telah melanggar hak rakyat untuk turut mengetahui isi perjanjian tersebut memandangkan dokumen tersebut adalah sulit dan proses rundingan pula dijalankan secara tertutup selama 4 tahun setelah perjanjian itu berkuat kuasa.

Melalui TPP, Jepun bakal dipaksa untuk memotong tarif daging lembu dari 38.5% ke 9% dan duti khinzir dari 482 Yen ke 50 Yen, kata Yamada.

‘’Hal ini bakal memberikan tamparan hebat buat para penternak Jepun,’’ kata Yamada yang pernah mengusahakan ladang lembu dan khinzir di kampungnya di Nagasaki sebelum menjadi ahli parlimen Dewan Rakyat pada tahun 1993.

Katanya lagi, impiannya untuk memajukan ladangnya sehingga menjadi salah satu pengeluar daging terbesar di Jepun terhalang disebabkan larangan AS terhadap eksport kacang soya pada tahun 1973 dan menyebabkan harga makanan haiwan ternak melambung naik lalu bisnesnya tidak mendapat keuntungan.

Ahli meja rundingan TPP adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

 

Terjemahan : Nurul Fitrah Abdullah
Sumber : Japan Times

Authors
Tags , , ,

Related posts

*

Top