Rakyat New Zealand Turut Bantah TPPA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Rakyat New Zealand berarak menyatakan bantahan

Ribuan rakyat berhimpun di New Zealand (NZ) menentang Perjanjian Trans Pacific Partnership (TPP), yang masih berada dalam proses rundingan oleh 12 negara Lingkaran Pasifik termasuk NZ dan Amerika Syarikat (AS).

Bantahan tersebut diadakan di 22 bandar dan pusat daerah. Perhimpunan ‘’Hari Tindakan Antarabangsa’’ menentang rundingan sulit merupakan acara yang kelima diadakan pada tahun lepas diikuti dengan demonstrasi pada 2012 dan 2013. Perdana Menteri Parti Nasional, John Key telah menyatakan bahawa rundingan TPP, yang telah banyak kali ditunda, bakal ditandatangani pada pertengahan tahun.

Di Auckland, 3,000 orang telah berarak di Street Queen beserta lambang replika kuda Trojan. Menurut pihak penganjur, ‘’syarikat-syarikat elit AS’’ sedang ‘’bermain tarik tali di belakang tabir’’ TPP. Lebih 1000 orang berarak dari Wellington CBD ke parlimen sementara 3,000 yang lain di Christchurch dan 1,500 di Dunedin.

Kedaulatan negara bakal tergadai

Presiden Kesatuan Pengajian Tinggi, Sandra Grey memberitahu TPP bakal mencabuli undang-undang negara dan kedaulatan negara bakal tergadai. Beliau menyeru rakyat menetang perjanjian ini dalam apa saja cara termasuklah menggunakan petisyen parlimen dan pihak berkuasa tempatan.

Seramai 260 pengamal perubatan menulis surat amaran kepada kerajaan jika terdapat sebarang cubaan untuk mengawal segala aktiviti perniagaan yang mempengaruhi kesihatan masyarakat. Diramalkan juga kos perubatan meningkat akibat kesemua syarikat farmaseutikal menentang pengawalan harga ubat-ubatan oleh TPP.

Ahli Parlimen Green Party, James Shaw turut memberitahu TPP juga bakal membuat rakyat menjadi ‘’golongan kedua’’ di negara sendiri manakala ahli MANA John Minto pula menganggap TPP bukan kepentingan NZ sebaliknya satu jenayah rompak syarikat-syarikat AS ke atas ekonomi NZ.

Kesemua ahli politik dan pegawai kesatuan perdagangannya serta kumpulan anti-kapitalisme yang mewakili seksyen perniagaan NZ juga bimbang dengan persaingan antarabangsa yang akan mencantas kepentingan mereka jika TPP ditandatangani.

Kesemua syarikat milik Maori diwakili oleh MANA yang merupakan penyumbang utama dalam pelancongan, perikanan dan pertanian, dan menentang sekeras-kerasnya sebarang ancaman ‘’asing’’ terhadap keuntungan mereka. malah, menyeru rakyat melarang penjualan rumah kepada rakyat asing dan diskriminasi terhadap pekerja asing.

Ahli Parlimen Parti NZ First, Fletcher Tabuteau, yang telah dijemput untuk memberikan ucapan dalam perhimpunan di Rotorua pada November dan Wellington pada Sabtu lalu, mengumumkan rakyat NZ yang berhak menguasai negaranya sendiri, bukan perniagaan asing.

NZ mesti contohi Malaysia

NZ patut mengikuti jejak Malaysia dan membawa pulang dokumen TPPA yang tidak ditandatangani ke negaranya semula, kata Parti NZ First.

Perbincangan akhir dibuat di Hawaii dengan kesemua Menteri Perdagangan dari 12 negara Lingkaran Pasifik berusaha mencapai kata putus dalam perjanjian kontroversi dan penuh rahsia itu.

Menurut laporan media Malaysia, Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Mustapa Mohamed berkata Malaysia tidak akan menandatangani perjanjian tersebut di Hawaii.

‘’Sebagai menteri yang ditugaskan untuk perbincangan TPPA, ia merupakan tanggungjawab saya untuk memastikan perlembagaan, kedaulatan dan kesemua polisi penting negara termasuklah kepentingan masyarakat Bumiputera (kaum Melayu) dilindungi dan dijunjung.’’

Jurucakap Parti NZ First, Fletcher Tabuteau berkata NZ sepatutnya mengikuti Malaysia.

‘’Sementara Menteri Perdagangan Malaysia berkata keputusan untuk menandatangani atau menolak TPPA akan diputuskan rakyat Malaysia secara keseluruhan, Menteri Perdagangan NZ, Tim Groser pula dengan angkuh berkata rakyat NZ yang bimbang telah bertindak seperti kanak-kanak kecil.’’

‘’Groser dan kerajaan sedang mengutuk kita demi sebuah perjanjian yang kelihatan mempunyai sedikit keuntungan perdagangan dan klausa-klausa yang berpotensi membahayakan negara.’’

Parti Maori juga menyuarakan kebimbangannya terhadap rundingan tersebut dan tetap menentang TPPA dengan tegas disebabkan rundingan yang dijalankan penuh rahsia.

‘’Kami tidak menerima sebarang jaminan bahawa kerajaan telah mengambil kira impak keseluruhan TPPA terhadap kewajipan Perjanjian Waitangi atau sebarang jaminan bahawa hak parti politik dan rakyat dilindungi melalui perjanjian antarabangsa ini,’’ kata Marama Fox.

Katanya lagi parti politik menyokong dakwaan tersebut dengan Tribunal Waitangi mengenai impak rundingan tersebut terhadap Perjanjian Waitangi.

‘’Parti Maori tidak akan pernah menyokong sebarang perjanjian yang mengancam rakyat NZ.’’

Para pekerja telah menyatakan lima syarat yang tidak boleh dirunding di mana perlu ditetapkan dulu sebelum parti tersebut menyokong TPPA.

Pemimpin United Future, Peter Dunne berkata, “saya pedagang bebas tapi kita akan lihat apa akan terjadi pada undian di Parlimen.’’

Sementara Key berkata rundingan tersebut adalah rumit dan kompleks, NZ mempunyai sejarah yang bebas daripada perjanjian perdagangan bebas dan rakyat tidak akan kaya jika hanya berdagang antara satu sama lain.

Beliau kecewa dengan penentangan rakyat dan para pekerja lebih-lebih lagi bekas Perdana Menteri Helen Clark yang memulakan rundingan tersebut. Beliau masih lagi kekal positif dengan rundingan tersebut yang menguntungkan sektor tenusu tetapi mengakui rundingan itu juga tidak akan menghapuskan tariff 100%.

 

Terjemahan : Nurul Fitrah Abdullah
Sumber : 3News, WSWS

Authors

Related posts

*

Top