Rakyat Palestin Dikerah Membayar 10 Juta USD kepada Rakyat Amerika yang Terkorban di Israel

palestinn

Pihak berkuasa Palestin yang ‘bertanggungjawab’ ke atas tuntutan mahkamah berprofil tinggi oleh warganegara Amerika yang terbunuh di dalam serangan pengganas di Israel perlu membayar sejumlah USD10 juta tunai – beserta tambahan USD1 juta bayaran bulanan sementara kes berkenaan masih di dalam proses rayuan – bagi menyelamatkan wang bernilai ratusan juta dolar yang diberikan oleh seorang juri, menurut kenyataan seorang hakim Amerika Syarikat pada Isnin lalu.

Menurut laporan The Guardian/Al Ray, semasa mengarahkan pembayaran keselamatan yang sama, George B. Daniels, hakim Mahkamah Persekutuan Manhattan menyatakan bahawa beliau telah memikirkan dengan teliti berhubung sebuah usul yang difailkan pada bulan ini, oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, bagi membantah suatu ikatan yang dirasakan mampu menggugat kestabilan AS dengan memberikan tekanan ke atas rakyat Palestin yang mengalami kegawatan ekonomi.

Bayaran tersebut turut menggambarkan jumlah yang diminta oleh peguam untuk Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) dan pihak berkuasa Palestin (PA), yang membantah paksaan ke atas rakyat Palestin supaya membayar bond yang sangat tinggi nilainya bagi mereka yang tinggal di kawasan berkenaan.

Mitchell Berger memberitahu hakim bahawa sejujurnya sejuta USD sangat berharga buat pihak berkuasa Palestin, sambil menjelaskan bahawa jumlah yang sama boleh digunakan untuk menampung kebajikan 9,500 keluarga atau membina sebuah sekolah di Gaza.

Kent Yalowitz, seorang peguam yang mewakili mangsa-mangsa serangan yang telah menyebabkan kematian 33 orang rakyat Amerika serta mencederakan ratusan yang lain, telah meminta rakyat Palestin membayar sebanyak USD20 juta. Beliau turut menambah bahawa pihak berkuasa Palestin mempunyai dana yang cukup untuk membuat pembayaran bond yang lebih tinggi, sambil menyebut penggunaan sebanyak USD60 juta setiap tahun bagi menampung rakyat Palestin yang berada di dalam tahanan Israel.

Menurut Daniel, beliau kecewa dengan bayaran sedia ada. Beliau tidak sabar menunggu proses rayuan tersebut selesai. Sekiranya rakyat Palestin membayar USD10 juta kepada mahkamah sebelum bulan hadapan, dan meneruskan dengan bayaran USD1 juta setiap bulan, nilai kerosakan yang dinyatakan oleh para juri tidak akan dikutip sehingga rayuan selesai.

Seorang juri dianugerahkan sebanyak USD218.5 juta selepas kemusnahan yang berlaku pada tahun ini di dalam sebuah saman yang dikeluarkan oleh mangsa-mangsa siri pengeboman dan letupan di Israel sepanjang tahun 2002-2004. Kemusnahan tersebut digandakan secara automatik sebanyak tiga kali ganda menurut Akta Anti-Keganasan AS.

Para peguam yang mewakili rakyat Palestin telah mengemukakan rayuan berkenaan kes ini.

Terjemahan oleh: Nureen Adnan

Sumber : GlobalResearch

Authors
Tags

Related posts

*

Top