Ratusan Kematian di Nigeria

_79238489_nigeria_damasak_464

Abuja, 29 April 2015 – Beratus-ratus kematian dicatatkan selepas serangan rusuhan yang dilakukan oleh kumpulan militan Boko Haram ciptaan Amerika Syarikat di Damasak. Dilaporkan mayat yang membusuk bergelimpangan di sepanjang jalan, rumah-rumah dan Sungai Damasak. Turut ditemui juga 100 mayat yang dikebumikan secara besar-besaran di bawah sebuah jambatan.

Presiden Goodluck Jonathan mengumumkan secara lantang bahawa kumpulan militan tersebut sebagai kumpulan ajaran sesat dan berjanji untuk menentang mereka sekeras-kerasnya sebelum menamatkan perkhidmatannya pada hujung bulan Mei ini.

Sejak beberapa minggu yang lalu, Timur Laut Nigeria telah menghadapi tempoh bertenang dengan diselangi serangan secara bertubi-tubi oleh kumpulan militan tersebut yang ditubuhkan sejak enam tahun yang lalu.

Turut dilaporkan juga kumpulan militan tersebut yang dianggotai warga Chad, Cameroon, Niger dan Nigeria telah mengisytiharkan kemenangan besar mereka sebaik sahaja menguasai kawasan-kawasan di luar jajahan mereka sejak Februari lalu.

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah

Authors

*

Top