Rejim Israel Bina Pub di atas Tapak Perkuburan Bersejarah Baitul Maqdis

mamanullah11
Tanah perkuburan bersejarah telah dirosakkan beberapa kali oleh pelampau Yahudi

Tanah perkuburan bersejarah telah dirosakkan beberapa kali oleh pelampau Yahudi

Pihak berkuasa Israel semalam membuka sebuah kedai kopi yang baru dan pub yang dibina di atas tanah yang dimiliki oleh tanah perkuburan Islam bersejarah Ma’manillah di bandar lama Jerusalem, Quds Press melaporkan.

Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Wakaf dan Warisan Al-Aqsa berkata sebuah rangkaian kedai kopi baru milik Israel sedang dibina yang mana bangunan itu diuruskan oleh perbandaran Israel di Yerusalem.

Kumpulan itu mengutuk ‘pencabulan’ terhadap tanah perkuburan, menyebut bahawa pembukaan kedai kopi dan pub adalah salah satu siri pencabulan terhadap tanah perkuburan bersejarah ini.

Hanya 20 dari 200 dunam daripada keseluruhan kawasan asal tanah perkuburan itu masih belum dimusnahkan, kata pertubuhan tersebut. Walau bagaimanapun, pertubuhan itu juga mengulangi bahawa kawasan ini dirosakkan setiap hari.

Ma’manillah adalah tanah perkuburan Islam bersejarah yang memiliki tinggalan berharga dari zaman awal Islam. Umat ​​Islam berhenti menggunakannya pada tahun 1927 apabila Majlis Tertinggi Islam memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai tapak bersejarah.

 

feb14_jerusalem

*1 dunam = 900 meter persegi

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : MEM

Authors

Related posts

*

Top