Rotschild merancang sesuatu di timur tengah?

Sesuatu yang menarik jika kita perhatikan wawancara pada Februari lalu di antara Daniel Taub bekas duta Israel ke United Kingdom pada tahun 2011-2015 dan sekarang memegang jawatan sebagai pengarah di Yad Hanadiv, Yayasan Rotschild di Israel dengan Lord Rotshcild.

Objektif besar wawancara ringkas ini adalah untuk menjelaskan peranan penting yang dimainkan keluarga Rotschild dalam deklarasi Balfour serta pembentukan negara haram Israel. Serta impian Yahudi sejak ribuan tahun untuk mendapatkan Palestin. Anda boleh membaca link berita dan menonton video ini untuk mendapatkan gambaran secara ringkas http://jewishnews.timesofisrael.com/rothschild/

Apa yang menarik perhatian saya, di akhir wawancara, Lord Rotschild ditanya apakah jangkaan beliau untuk 100 tahun akan datang?

Beliau menjawab peaceful relationship – hubungan yang harmoni dengan jiran-jiran negara Arab. Beliau menyebut dengan spesifik negara seperti Jordan, Mesir dan Saudi, tetapi hubungan itu tidak diwar-warkan kerana perang/pertembungan antara Sunni dan Syiah. Antara bentuk hubungan yang beliau sebut akan dibangunkan adalah berkaitan hubungan perisikan. Kita boleh menilai sendiri apa yang sedang berlaku sekarang ini di timur tengah.

Pendapat peribadi saya peranan keluarga Rotschild sebagai non state actor dalam teori geopolitik harus diambil kira berdasarkan penglibatan signifikan mereka dalam pentas dunia dan apa yang berlaku terhadap negara-negara di timur tengah. Adapun teori konspirasi anda perlu lebih bijak menapis dari sumber mana yang anda ambil sebagai rujukan.

Oleh:

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Authors

Related posts

*

Top