Sekilas Pandang Dunia 2015

photo_2015-12-31_22-45-22

Berikut adalah sekilas pandang, apa yang berlaku di seantero dunia sepanjang tahun 2015.

 

1. JANUARI

Charlie Hebdo

150107120309-charlie-hebdo-620x348

Serangan ke atas pejabat majalah Charlie Hebdo yang menghina Islam di kota Paris mengorbankan seramai 12 orang. Peristiwa ini menimbulkan reaksi yang pelbagai dunia. Paling ketara, rentetan daripada peristiwa ini gejala Islamphobia semakin berleluasa.

Kemangkatan Raja Abdullah

abdullah-feat

Kemangkatan Raja Abdullah pada usia 90 tahun digantikan dengan Raja Salman, melihatkan perubahan polisi Arab Saudi yang ketara dari sudut dasar luar dan hubungan sesama negara Islam.

 

2.FEBRUARI

Resolusi 2199 digunapakai.

Sumber: Syrian Arab News Agency

Sumber: Syrian Arab News Agency

Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu bersetuju untuk menggunapakai Resolusi 2199 untuk perangi keganasan terutamanya daripada rangkaian ISIS dan Al-Qaeda. Ini adalah sebahagian daripada strategi penjajahan dan imperialisme kuasa Barat terhadap kawasan Timur Tengah.

Perjanjian termeterai untuk redakan krisis di Ukraine

Sumber:RIA Novosti / Viktor Tolochko ( www.rt.com)

Sumber:RIA Novosti / Viktor Tolochko ( www.rt.com)

Perjanjian dicapai di antara pemimpin-pemimpin negara Rusia, Ukraine, Jerman dan Perancis berkenaan konflik di timur Ukraine dan ditandatangani oleh pemberontak Ukraine.

 

3. MAC

Arab Saudi memulakan serangan di Yamen

201517133341354734_20

Sumber: Al Jazeera

Arab Saudi memulakan serangan udara terhadap kelompok Syiah Houthi dan mencetuskan perang saudara di Yaman. Peperangan ini adalah peperangan sektarian yang berlaku antara kelompok Sunni dan juga Syiah di Yaman. Di mana kelompok Syiah Houthi disokong oleh Iran.

 

4. APRIL

Persidangan kemuncak ASEAN 2015

KUALA LUMPUR, April 26 -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (seventh from left) and his wife Datin Seri Rosmah Mansor (eighth from left) posing with ASEAN Heads of States and their respective wives at a Gala Dinner held in conjunction with the 26th ASEAN Summit here today. (from left) President of Philippines Bengino S. Aquino III, Singapore's Prime Minister Lee Hsien Loong, wife of Thai Prime Minister Naraporn Chan-O-Cha and Thai Prime Minister General Prayut Chan-O-Cha, President of Vietnam Nguyen Tan Dung, President of Laos Thongsing Thammavong, President of Myanmar U Thein Sein and his wife Khin Khin Win, Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei and his consort Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Prime Minister of Cambodia Hun Sen and President of Indonesia Joko Widodo. Established in 1967, ASEAN comprises 10 countries and Malaysia previously chaired ASEAN Summits of 1977, 1997 and 2005. -- fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED

— fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED

Persidangan Kemuncak ASEAN 2015 berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi dengan membawa tema “Our People, Our Community, Our Vision”. Malaysia adalah pengerusi bagi Asean bagi sesi ini. Persidangan kali ini membincangkan banyak isu antaranya perkembangan krisis Laut China Selatan.

TPA diluluskan

Sumber:Stephen Crowley/The New York Times

Sumber:Stephen Crowley/The New York Times

Kongres AS meluluskan TPA (Trade Promotion Act) atau dikenali sebagai fast track sekali gus membenarkan Malaysia menyertai TPPA walaupun mempunyai rekod pemerdagangan manusia yang tinggi.

 

5. MEI

Ireland membenarkan perkahwinan sesama jantina

Sumber:Clodagh Kilcoyne/Getty Images)

Sumber:Clodagh Kilcoyne/Getty Images)

Ireland menjadi negara pertama yang membenarkan perkahwinan sesama jantina dalam referendum negara setelah undian dibuat oleh rakyat Ireland mencatatkan rekod 62.1 undian yang bersetuju untuk membenarkan perkahwinan sejenis.

 

6. JUN

AKP memenangi pilihan raya Turki

Sumber: REUTERS

Sumber: REUTERS

Parti (AKP) memenangi pilihan raya umum keempat berturut-turut tetapi gagal mendapat majoriti dan pilihanraya terpaksa dilaksanakan sekali lagi yang menyaksikan kemenangan majoriti AKP.

Persidangan Bilderberg kali 63 diadakan di Austria.

stream_img

Persidangan rahsia yang dihadiri daripada ahli politik, ahli akademik dan pemain industri antara negara Amerika Utara dan juga Eropah membincangkan hal-hal seperti

  • Cybersecurity
  • Ancaman Senjata Kimi
  • Masalah ekonomi dunia
  • Strategi Eropah
  • Globalisasi
  • Greece
  • Iran
  • Timur Tengah
  • NATO
  • Russia
  • Keganasan
  • United Kingdom
  • USA
  • Pilihanraya Amerika
  • Teknologi AI

 

7. JULAI

Krisis Ekonomi Greece

Sumber: FOX NEWS

Sumber: FOX NEWS

Krisis hutang kerajaan Greek menyaksikan Greece menjadi kerajaan pertama yang tidak mampu membuat pembayaran untuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sepanjang 71 tahun dalam sejarah IMF.

Iran mendatangani perjanjian nuklear.

Sumber: The Washington Post (Brendan Smialowski/AFP/Getty Images)

Sumber: The Washington Post (Brendan Smialowski/AFP/Getty Images)

Iran bersetuju menandatangani satu perjanjian nuklear bersejarah di antara 6 negara yang lain iaitu AS, UK, Perancis, China, Rusia dan Jerman di mana ianya mengehadkan keupayaan Iran untuk menghasilkan senjata nuklear tetapi dihentikan sekatan ekonomi ke atasnya.

 

8. OGOS

Bersih 4.0

Sumber: www.financetwitter.com

Sumber: www.financetwitter.com

Gerakan BERSIH mengadakan demonstrasi untuk antara tuntutan mereka adalah mendesak Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib. Ramai rakyat Malaysia menolak gerakan Bersih selepas mendapat tahu ianya didanai oleh Amerika Syarikat.

 

9. SEPTEMBER 

Kematian Aylan Kurdi membuka mata dunia tentang krisis Syria

A-Turkish-gendarmerie-carries-a-young-migrant

Mayat seorang kanak-kanak kecil, Aylan Kurdi yang terdampar di pesisir laut Turki membuka mata dunia tentang krisis pelarian Syria yang semakin meruncing dan memerlukan kepada campur tangan dunia.

 

10. OKTOBER

Obama tiba di Kuala Lumpur

Sumber: www.asiatoday.in

Sumber: www.asiatoday.in

Presiden AS, Barack Obama tiba di Kuala Lumpur untuk menyertai sidang kemuncak U.S-ASEAN dan sidang kemuncak Asia Timur yang menyaksikan Malaysia selaku tuan rumah. Ini juga sebahagian daripada rangka lawatan beliau untuk mempercepat proses rundingan TPPA.

 

TPPA telah dipersetujui perjanjian terbesar sejak 20 tahun

134459161_14381514692441n

Satu persetujuan telah dapat dicapai diantara 12 menteri perdagangan dari rantau Asia-Pacific yang diketuai Amerika Syarikat dan terdiri dari Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, Japan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, and Vietnam.

Perjanjian perdagangan ini merupakan antara perjanjian terbesar semenjak 20 tahun yang lepas dan merupakan matlamat jangka masa panjang pentadbiran Obama.

 

11. NOVEMBER

Serangan Paris 

Sumber: www.dailysabah.com

Sumber: www.dailysabah.com

PARIS sekali lagi diserang. Kali ini mereka mendakwa ISIS sebagai dalang di belakang serangan tersebut.

 

Pesawat Jet Rusia ditembak jatuh oleh Turki

Sumber: AFP file photo

Sumber: AFP file photo

Turki menembak jatuh jet pejuang milik Rusia yang memasuki ruang udara negara mereka tanpa kebenaran, ianya merupakan kes pertama negara anggota NATO memusnahkan kapal terbang Rusia. Ini mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua buah negara kuasa besar tersebut. Juga dilihat sebagai langkah barat untuk mengheret Turki ke dalam kancah peperangan dan ketidak stabilan.

 

12. DISEMBER

Persidangan United Nations Climate Change kali ke 21

Sumber: globalsolutions.org

Sumber: globalsolutions.org

Persidangan United Nations Climate Change kali ke 21 (COP21) diadakan di Paris, Perancis. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan isu cabaran perubahan iklim, menyumbang cadangan untuk jangka masa pendek dan panjang yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

p/s: Begitulah sedikit sekilas pandang yang berlaku di serata dunia yang sempat kami nukilkan buat tatapan anda.

 

Disediakan oleh:

DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Doctor of Philosophy (Generic) (Major in Sport Notational Analysis)

Authors

Related posts

*

Top