Syiah Cuba Merampas Kuasa

yaman

yaman

 

Kini Yaman dilanda krisis teruk di antara pihak tentera dengan puak penentang, Syiah Houthi yang bermula pada September lalu. Sehubungan itu, Hashem Ahelbarra, salah seorang wartawan Al-Jazerra telah membuat laporan khas di Yaman bagi mendapatkan penjelasan di sebalik konflik yang melanda.

 

Apakah faktor yang menyebabkan keganasan meletus baru-baru ini?

 

Semuanya berpunca apabila puak Houthi telah menculik Ahmad Awad bin Mubarak, seorang ketua kakitangan presiden Yaman, lalu Presiden Hadi telah mengarahkan tenteranya untuk mengawal ibu negara dengan ketat.

 

Hal ini dilihat oleh puak Syiah Houthi sebagai rancangan kerajaan untuk membubarkan Jawatankuasa Popular (Popular Committees) mereka di mana kesemua ahli jawatankuasa ini adalah rakyat yang ditangkap dan dikerah oleh puak Syiah Houthi pada tahun lalu. Mereka telah meletakkan pusat pemeriksaan di sekitar bangunan kerajaan, lapangan kapal terbang antarabangsa dan berdekatan dengan istana presiden.

 

Pada awalnya puak Syiah Houthi telah bersetuju untuk mengarahkan kesemua pemberontak untuk berundur dari ibu negara Yaman setelah sebuah kerajaan baru dibentuk. Namun, mereka menarik balik kenyataan tersebut semula dengan alasan untuk menjaga kestabilan ibu negara.

 

Siapakah karakter utama di Sanaa (ibu negara Yaman) sekarang?

 

Jika melihat keadaan pemerintahan Presiden Hadi sekarang yang lemah dan tidak efisien dan ditambah lagi dengan pemberontakan Syiah Houthi yang semakin hari semakin mengganas, keadaan kelihatan lebih memihak kepada pihak pemberontak.

 

Hal ini kerana pengaruh mantan presiden terdahulu iaitu Ali Abdullah Saleh masih memberi kesan besar terhadap suku Zaidi iaitu suku asal Syiah Houthi di utara Yaman dan golongan pihak tentera atasan serta sesetengan golongan elit unit Republican Guard.

 

Ditambah lagi dengan penguasaan puak Syiah Houthi yang sangat kuat dan organisasi politiknya yang kemas di utara Yaman telah membuatkan keseluruhan kawasan dari Saada hingga ke Sanaa dikawal rapi oleh Abdulmalik al-Houthi iaitu ketua Syiah Houthi.

 

Walaupun, Presiden Abd-Rabu Mansour Hadi (seorang Sunni) telah terpilih menjadi presiden Yaman pada tahun 2012 di mana berjaya meraih sokongan majoriti daripada rakyat yang rata-ratanya puak Sunni namun, puak Syiah Houthi menganggap ketua mereka lebih layak menjadi pemimpin negara.

 

Apakah keuntungan yang diraih oleh pihak pengganas Houthi bermakna buat kerajaan?

 

Buat masa sekarang tindakan puak Syiah Houthi ini sedang diperhatikan oleh puak Sunni kerana mereka mengesyaki puak pengganas ini seperti hendak membina sebuah empayar Syiah di Yaman ala pemerintahan Syiah di Iran berikutan semakin bertambahnya pengikut mereka setiap hari.

Hal ini kerana pihak Syiah Houthi sering bermain tarik tali dengan pemerintahan sekarang dan enggan membenarkan presiden membuat sebarang keputusan tanpa merujuk dengan mereka terlebih dahulu. Malah mereka pernah mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa mereka ingin mewujudkan sebuah pemerintahan demokrasi yang dinamik di mana pihak minoriti termasuklah mereka sendiri hendaklah diberi perwakilan politik dalam kerajaan.

 

Apakah yang dipertaruhkan untuk kuasa serantau seperti Arab Saudi dan Iran?

 

Yaman ibarat medan pertempuran antara Arab Saudi dengan Iran. Seperti diketahui ramai bahawa Arab Saudi merupakan negara Sunni yang paling berkuasa manakala Iran pula adalah sebuah negara Syiah yang paling berkuasa.

Arab Saudi secara terang-terangan menolak puak Houthi dan pada tahun 2009, mereka juga telah melancarkan serangan udara terhadap pengganas Syiah Houthi di Saada serta mengisytharkan puak Syiah Houthi sebagai sebuah kumpulan pengganas. Bukan itu sahaja, Arab Saudi turut menyalahkan puak Syiah Houthi sebagai proksi Iran di Yaman. Dengan kekayaan yang hebat dan pengaruh politik Arab Saudi, mereka akan terus memainkan peranan besar di Yaman.

Manakala, Iran pula dilihat sebagai tulang belakang kepada puak Syiah Houthi. Hal ini terbukti apabila Yaman pernah merampas senjata-senjata yang dihantar oleh Iran kepada pengganas Houthi  melalui perkapalan.

 

Apakah pandangan rakyat Yaman bagi krisis yang berlaku di negara mereka?

 

Mereka menganggap keadaan ini akan memberi peluang kepada Al-Qaeda di Semenanjung Arab untuk meluaskan pengaruh mereka di daerah Sunni di mana sentimen anti-Houthi sedang bergejolak. Sesetengah dari mereka hidup di bawah paras kemiskinan, terpaksa bertahan dengan peperangan yang berpuluh-puluh tahun tercetus, ketidakstabilan negara, ekonomi yang semakin merudum serta masa depan yang tidak pasti.

 

Oleh: Nurul Fitrah binti Abdullah

Sumber: Al Jazeera

Authors

Related posts

*

Top