Tag Archives: Gaza

Tragedi Ektremis Yahudi, Ketegangan Kian Meningkat di Tebing Barat

  Tentera Israel menembak mati seorang pemuda Palestin yang disyaki telah menikam dan menyebabkan kecederaan ringan kepada orang awam Israel pada Ahad lepas di sebuah stesen minyak di Tebing Barat. “Dalam serangan di stesen minyak tersebut, di antara Jerusalem dan Tel Aviv, seorang orang awam telah mengalami kecederaan dan suspek telah ditembak mati oleh tentera,”

Hamas Gesa PBB Tanggung Defisit Kewangan Agensi Bantuan Palestin

Gerakan Islam Palestin, Hamas telah menyeru Dana Pusat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan bagi membantu UN Relief and Works Agency untuk pelarian Palestin (UNRWA) dan menanggung defisit fiskal agensi tersebut. “Kami menyeru Dana Pusat PBB untuk campur tangan dan menanggung kerugian yang dialami UNRWA, kerana agensi tersebut merupakan salah satu organisasi PBB dan

Gaza : Kadar Kemiskinan Meningkat Sehingga 38.8 Peratus Disebabkan Sekatan Israel

Palestinian Centre for Human Rights (PCHR) telah mendedahkan bahawa kepungan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza selama lebih lapan tahun telah menyebabkan peningkatan kemiskinan di wilayah pantai Gaza. Kadar kemiskinan bagi separuh pertama tahun ini sehingga kini telah mencapai 38.8 peratus, manakala 21.1 peratus daripada peratus tersebut adalah kemiskinan tegar. PCHR berkata dalam kenyataan

Krisis Elektrik : 90 Peratus Kilang di Gaza Bakal Ditutup

Palestinian General Federation of Trade Unions (PGFTU) di Semenanjung Gaza telah berkata bahawa 90 peratus daripada kilang-kilang yang tinggal terpaksa menghentikan pengeluaran kerana kekurangan kuasa elektrik. Satu-satunya pusat penjanaan kuasa Gaza sudah berhenti berfungsi untuk hari ketujuh berturut-turut disebabkan kekurangan bahan api. Dalam satu kenyataan yang disiarkan, PGFTU berkata bahawa sebahagian besar bengkel dan kilang-kilang

Lebih 40% Rakyat Palestin adalah Pelarian

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Biro Pusat Statistik Palestin (PCBS) pada Isnin lepas, sebanyak 41.2 peratus penduduk Palestin merupakan pelarian ; 25.2 peratus tinggal di Tebing Barat yang diduduki secara haram oleh Israel dan 66.8 peratus berada di Semenanjung Gaza. Rakyat Palestin yang berumur kurang daripada 15 tahun merupakan 39 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat

Top