Terbaru: Kadar Jenayah Bunuh di Amerika Syarikat Naik Mendadak

Kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti of Chicago mendapati bahawa 32 peratus rakyat Amerika memiliki senjata api
Kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti of Chicago mendapati bahawa 32 peratus rakyat Amerika memiliki senjata api

Kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti of Chicago mendapati bahawa 32 peratus rakyat Amerika memiliki senjata api

 

Kadar kematian yang melibatkan kes pembunuhan di bandar-bandar Amerika Syarikat (AS) telah dilaporkan meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Lebih daripada 30 bandar lain telah terlibat dengan siri keganasan ini jika dibandingkan dengan tahun 2014.

Carta di bawah menunjukkan angka peningkatan kematian yang melibatkan kes pembunuhan oleh beberapa bandar besar di AS bagi tahun 2014 dan 2015.

Pakar bagi bidang penguatkuasaan undang-undang percaya bahawa faktor yang menyebabkan peningkatan kes ini berbeza bagi setiap bandar namun begitu, faktor kadar peningkatan yang mendadak secara kesuluruhannya masih belum dapat dikenalpasti.

Pergaduhan antara ahli kumpulan gangster yang melibatkan penggunaan dadah dan kemudahan dalam memperoleh senjata api berkemungkinan besar merupakan antara faktor utama peningkatan kes ini di bandar-bandar besar termasuklah Chicago.

Meskipun begitu, kebanyakan daripada ahli pegawai polis yang sudah lama bertugas menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kerelaan dan kesanggupan anak-anak muda yang menetap di kejiranan yang kurang bernasib baik dan menggunakan keganasan bagi menyelesaikan persengketaan yang sering berlaku adalah punca kepada peningkatan ini.

“Dalam usaha mempertahankan status, kredibiliti, serta maruah antara komuniti sebaya mereka, jika seseorang itu mempunyai kesanggupan yang tinggi, perkara ini akan melibatkan hidup dan mati mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa’’ kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua polis Milwaukee, Edward A. Flynn.

“Dan ini menyebabkan terbentuknya realiti yang sangat kejam, di mana mereka sentiasa berfikir bahawa jika mereka ditangkap tanpa senjata api adalah lebih merbahaya berbanding jika mereka mempunyai senjata api bersama mereka.”

Carta Perbandingan Kes Pembunuhan di AS antara Tahun 2014 dan 2015.

Carta Perbandingan Kes Pembunuhan di AS antara Tahun 2014 dan 2015.

Sejak dari awal tahun 2015, sebuah laman web yang dikenali sebagai Mass Shooting Tracker telah mengeluarkan laporan iaitu purata bagi kejadian tembak menembak ini ialah seorang setiap satu hari di AS.

Pada 26 Ogos, iaitu hari yang ke-238 bagi tahun ini, sebanyak 247 kejadian tembak menembak telah dilaporkan berlaku di AS.

Data yang dikeluarkan oleh Gun Violence Archive menunjukkan bahawa lebih daripada 8,600 telah dibunuh dan sebanyak 17,700 orang terlibat dalam kecederaan dalam pelbagai siri tembak-menembak di AS sejak dari awal tahun 2015.

 

Terjemahan oleh: Khadijah Hanim

Sumber: PressTV

Authors

Related posts

*

Top