Terbaru: Strategi Bakar Rumah oleh Penduduk Israel

A Palestinian woman looks at a burnt room of three-year-old boy Fathi al-Bogdadi in Bureij refugee camp in the central Gaza Strip September 26, 2012. Al-Bogdadi died and his infant sister suffered critical burns when a candle lit amid a power outage burnt their house down. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa (GAZA - Tags: POLITICS DISASTER) - RTR38FOR

Palestinian-home-burnt-Anadolu

Pembakaran rumah milik penduduk Palestin oleh penduduk haram Israel, seperti yang berlaku di Duma pada hari Jumaat lepas, “bukanlah satu kejadian yang jarang berlaku,” lapor Quds Press berikutan kenyataan organisasi hak asasi manusia Israel, Yesh Din.

Organisasi tersebut itu berkata bahawa mereka telah merekod 15 kes penduduk Israel yang membakar atau cubaan untuk membakar rumah-rumah Palestin sejak 2008.

Dalam satu kenyataan, Yesh Din berkata bahawa rakyat Palestin mengemukakan aduan kepada balai polis Israel, walau bagaimanapun 10 kes daripadanya ‘ditutup’ tanpa sesiapapun dibawa ke muka pengadilan. Dua kes masih dalam siasatan.

Di kampung Tebing Barat Burin sahaja, tiga rumah Palestin telah dibakar oleh penduduk haram Israel, menurut kenyataan tersebut.

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : MEM

Authors

Related posts

*

Top