Terbaru tentang TPPA: “Auto Trade” Hampir Selesai

 

Sumber: EPA/AZHAR RAHIM

Sumber: EPA/AZHAR RAHIM

Menteri Ekonomi Jepun, Akira Amari berkata pihak perunding semakin hampir menyelesaikan halangan besar dalam usaha mencapai perjanjian perniagaan Pacific Rim yang meluas.

Rundingan berkenaan ‘auto trade’ hanya selangkah lagi untuk disempurnakan, sementara Jepun, Kanada, Mexico semakin dekat untuk memeterai perjanjian berhubung urus niaga tenusu. Isu tenusu yang belum jelas lagi adalah antara Amerika dan New Zealand, kata beliau.

Pihak perunding berharap dapat mengakhiri rundingan Trans-Pacific Partnership minggu ini.

Terjemahan oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: Reuters

Authors

*

Top