Terkini: 200 Tentera dan 4 Helikopter Dikerah Mencari 7 Murid Orang Asli yang Hilang

COJJ5vjVAAAgMh5

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan lebih dari 200 pegawai dan 4 buah helikopter Agusta  bagi membantu  misi mencari dan menyelamat 7 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan(SK) Tohoi di Gua Musang, Kelantan yang hilang semenjak 23 Ogos yang Lepas.

Ketua Pasukan Bersenjata, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM telah dipanggil bagi membantu operasi yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia(PDRM) semenjak 1 September.

Zulkifeli berkata ATM ditugaskan bagi mencari kanak-kanak yang hilang tersebut di kawasan di mana terdapat kemungkinan mangsa mungkin berada seperti di hutan.

Pada 23 Ogos,7 murid Orang Asli terdiri daripada 6 perempuan dan seorang lelaki berumur lingkungan 7 hingga 11 tahun dilaporkan hilang selepas mereka melarikan diri dari asrama sekolah kerana mereka takut akan dihukum oleh guru mereka kerana ditangkap mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selain ATM dan PDRM, operasi ini turut melibatkan Bomba dan Penyelamat, Rela , Bahagian Pertahanan Awam dan Sektor Pembangunan Orang Asli.

 

Terjemahan oleh :Amirul Asyraf
Sumber :astro awani

Authors

One Comment;

*

Top