Tiga Bot Nelayan Malaysia Dikaramkan oleh Indonesia

PENANG 09 JANUARY 2016. Dua bot nelayan Indonesia bersama dua tekong dan sembilan awak-awak ditahan secara berasingan oleh pihak Maritim Malaysia Pulau Pinang, selepas didapati menceroboh kawasan perairan Malaysia pada jarak 32 Batu Nautika dari Barat Daya Pulau Kendi, Pulau Pinang. NSTP/IHSAN APMM

Jakarta: Pada hari Khamis pihak berkuasa Indonesia telah membakar dan menenggelamkan tiga bot nelayan Malaysia yang disita pada bulan Jun dan Julai tahun lalu kerana membuat penangkapan haram di Perairan Riau menurut laporan English language daily pada hari Jumaat.

Jakarta Post memetik kata Ketua Pegawai Jeneral Bahagian Jenayah iaitu Mico Wave Sitohang (rpt) mengatakan bahawa pemusnahan telah dirancang pada bulan November dan awal bulan Disember tahun lalu namun hanya boleh dibuat pada hari Khamis ini.

Mico memberitahu bahawa 10 krew warganegara Malaysia telah dijatuhi hukuman oleh Makhamah Daerah Bengkalis. Mereka dihukum 8 bulan penjara dan disaman sebanyak 2 Billion Rupiah (RM600, 000) untuk setiap penangkapan haram.

Kerajaan Indonesia telah membakar dan memusnahkan beratus bot nelayan haram untuk menyekat penangkapan hasil laut di perairan negara.

Media tempatan melaporkan sejak tahun lalu kira-kira 107 daripada 177 bot nelayan telah disita oleh kerajaan Indonesia sama ada dikaramkan atau dimusnahkan.

Kira-kira 103 bot telah disita oleh nelayan asing, 39 dari Vietnam, 34 orang Filipina, 21 dari Thailand, 6 dari Malaysia, 2 dari Papua New Guinea dan satu dari China. –Bernama

Terjemahan oleh: Muhaimin Razak

Authors

*

Top