Titik Persamaan di antara Bush ‘Lama’ dan Bush ‘Baru’

Jeb Bush

 

Jeb Bush secara rasminya telah mengumumkan penyertaan beliau bagi merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS). Jeb cuba untuk tampil sebagai calon yang penuh timbang rasa dan konservatif dan mengambil berat keadilan serta kesaksamaan nasib rakyat Amerika yang terpinggir.

Namun begitu, di sebalik retorik empati dan kesaksamaan, Bush dengan jelas telah menunjukkan bahawa beliau sama sahaja seperti ayah dan abangnya, melalui ucapan dan tingkah laku beliau, bahkan juga melalui kempen public relation beliau.

1. Jeb Bush, Washington dan Rusia

a) Rusia berhasrat mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai isu melalui dialog, dengan syarat parti-parti yang terlibat perlu diberikan layanan sama rata oleh Washington dan tidak sentiasa dianggap sebagai orang bawahan.

b) Sementara Jeb Bush mencadangkan penambahan angkatan tentera di sepanjang sempadan Rusia selepas menyatakan sokongan kepada Poland, Baltic dan negara-negara lain yang diancam oleh taktik-taktik baharu dan perang siber Rusia. Kemungkinan besar konfrontasi ketenteraan AS-Rusia bakal tercetus; sebuah pertembungan militari yang bakal membawa kemusnahan kepada Eropah dan dunia antarabangsa.

c) Pada masa yang sama, setelah cadangan di atas dikeluarkan, beliau serta seluruh perlembagaan politik AS cuba menggambarkan kepada dunia akan keganasan Rusia dan Putin dengan mengeluarkan kenyataan provokatif terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menggelarkan Putin sebagai ‘pembuli’.

2. Pemerintahan ‘Bush’ dan Islamic State di Iraq & Syria

a) Jeb pernah mengeluarkan suatu kenyataan, “Cara terbaik untuk mengurangkan kuasa AS ke atas Iraq adalah dengan cara memiliki ‘polisi luar’ yang kukuh, selamat dan konsisten.”

b) ‘Polisi luar’ di sini merujuk kepada polisi luar Jeb Bush, selepas melihat munculnya pelbagai ancaman akibat daripada kekosongan di dalam pentadbiran Iraq susulan penarikan diri Presiden Iraq.

c) Ironinya, Jeb mencadangkan supaya pengaruh AS dikurangkan di Iraq tetapi pada masa yang sama, memperkenalkan polisi luar beliau di Iraq dan Syria untuk dilaksanakan dengan alasan untuk menentang Islamic State.

d) Bush turut memberi isyarat tentang penambahan operasi ketenteraan di Iraq, dan juga Syria. Beliau yang cuba mengelak daripada dikaitkan dengan serangan awal di Iraq yang dicetuskan oleh abangnya pada tahun 2003, kemudiannya memuji pencerobohan tentera AS pada tahun 2007, dan meletakkan kesalahan kepada masalah sedia ada di negara tersebut, termasuklah pembentukan Islamic State (sebelum ini dikenali dengan nama ISIS/ISIL) selepas penarikan diri pasukan tentera Obama pada lewat 2011.

3. Senarai pelobi yang sama

a) Jeb menggelarkan golongan elit Washington sebagai golongan yang dimanjakan; tetapi pada masa yang sama mereka merupakan sumber dana kempen dan propaganda beliau.

b) Beliau secara terbuka menunjukkan keinginan untuk menjadi seorang peneraju korporat, meneruskan polisi domestik dan luar yang pernah dilaksanakan oleh ayah dan abangnya sebelum ini.

c) Menurut laporan The Intercept, jawatankuasa tindakan politik Bush (Bush’s Super PAC), yang dikenali sebagai Right to Rise, Jeb memperoleh dana daripada sumber-sumber yang kukuh seperti Beltway, Wall Street, Wal-Mart, Microsoft, ExxonMobil, Silicon Valley dan syarikat-syarikat utama antarabangsa.

d) Sehingga Mac 2015, tiga bulan sebelum beliau mengumumkan penyertaan pilihanraya Presiden, Jeb Bush telah mengumpul dana dengan anggaran nilai kutipan sehingga 100 juta USD untuk suku pertama tahun 2015 sahaja.

e) Dana turut diperoleh daripada Glenn Youngkin, iaitu Pengarah Urusan Carlyle Group, pemilik firma Booz Allen Hamilton; Carlyle Group merupakan sebuah badan pelaburan yang terdiri daripada ramai golongan elit politik dan kewangan, mempunyai hubungan yang lama dengan keluarga Bush.

f) Memetik dari The Economist (2003), “Carlyle Group merupakan sebuah firma swasta yang menguruskan harta berbilion-bilion dolar, termasuklah sebahagian daripada kekayaan keluarga Bin Laden. Ia turut menggaji George H.W. Bush [bekas Presiden AS] dan Baker [bekas Setiausaha pentadbiran AS James].”

g) Antara individu penting Wall Street termasuklah Lewis Eisenberg dan Henry Kravis, yang telah mengacarakan sebuah acara kutipan dana bertaraf mewah; yang menawarkan nilai sebanyak $100,000 untuk setiap sumbangan kepada organisasi politik Bush.

4. Polisi luar Bush sebagai sebuah ‘Agenda Pemusnah’

a) Melihat kepada senarai individu berkuasa dan berpengaruh yang membentuk kumpulan polisi luar Bush, antaranya : Wolfowitz, Negroponte, Chertoff, Hadley, Baker, Shultz, Zoellick, Hayden, Dobriansky, dan ramai lagi.

b) Agenda imperialisme AS termasuklah peperangan, salah laku hubungan luar, banyak melibatkan nama-nama ‘dalang keganasan’ di atas, antaranya; peperangan di Iraq, sokongan kepada death squads di Amerika Tengah, peperangan di Afghanistan, the War on Terror, dan banyak lagi.

c) Tindakan beliau menuduh Putin sebagai pembuli hanya membuktikan bahawa beliau dan golongan neo-konservatif AS masih tidak memahami asas bahawa sifat agresif yang ditunjukkan oleh AS tidak akan menyelesaikan sebarang isu di Eropah Timur; konflik di Ukraine, perluasan kuasa NATO yang berterusan, kebangkitan gerakan dan kemajuan kelengkapan ketenteraan di kawasan tersebut, roket-roket AS yang disasarkan kepada Rusia, dan banyak lagi.

Perubahan yang membawa lebih banyak keburukan

Sekiranya Jeb menjadi Presiden AS ;

a) Jeb bersedia mencabar status quo politik AS. Beliau akan mengambil alih Washington, sebuah ibu negara yang statik di dalam negara yang dinamik, membebaskan Washington daripada pelbagai bentuk permasalahan sedia ada, serta sangat yakin dapat melaksanakannya kerana beliau pernah berbuat demikian di Florida.

b) Rusia dan China sudah memulakan kerjasama strategik; Amerika Latin masih bersatu seperti sebelumnya; dan pakatan Eurasian sedang dilaksanakan dalam kadar yang sangat pantas. Polisi-polisi yang lebih berbentuk keganasan oleh golongan neo-konservatif ini dilihat bakal menjejaskan dunia pada skala global. Sama ada ia adalah tindakan AS berkenaan kempen Pivot Asia dan Laut China Selatan; AS menyokong Ukraine dan mengugut Rusia menggunakan alasan ketenteraan; penglibatan AS ke dalam Timur Tengah; ataupun menguruskan isu-isu lain, pengambil alihan tampuk presiden oleh Jeb bakal menyaksikan pertembungan yang boleh dibaratkan seperti buku bertemu ruas.

c) Sekiranya Bush berjaya mengambil alih tampuk Presiden AS, bukan sahaja AS, malahan dunia antarabangsa terdedah kepada bahaya rasuah dan korupsi peringkat korporat. Polisi luar Bush, yang dibentuk atas dasar agresif dan kuasa, dan polisi yang mengabaikan diplomasi berkemungkinan akan memburukkan lagi situasi seantero dunia.

d) Meskipun beliau mencanangkan diri sebagai seorang yang independent dan mempunyai idea dan kelebihan politik sendiri, Jeb dilihat bakal membawa kesan buruk yang mungkin lebih teruk berbanding tradisi pemerintahan legasi Bush sebelumnya.

Sumber : GlobalResearch

Authors

*

Top