Tragedi Ektremis Yahudi, Ketegangan Kian Meningkat di Tebing Barat

Pihak berkuasa Israel bersama mayat rakyat Palestin yang ditembak (sumber: AFP)

 

Pihak berkuasa Israel bersama mayat rakyat Palestin yang ditembak (sumber: AFP)

Pihak berkuasa Israel bersama mayat rakyat Palestin yang ditembak (sumber: AFP)

Tentera Israel menembak mati seorang pemuda Palestin yang disyaki telah menikam dan menyebabkan kecederaan ringan kepada orang awam Israel pada Ahad lepas di sebuah stesen minyak di Tebing Barat.

“Dalam serangan di stesen minyak tersebut, di antara Jerusalem dan Tel Aviv, seorang orang awam telah mengalami kecederaan dan suspek telah ditembak mati oleh tentera,” dalam kenyataan berbahasa Inggeris oleh pihak tentera Israel.

Polis berkata, tertuduh merupakan seorang warga Palestin yang tinggal di kampung berhampiran, Khirbet al-Misbah, mati ditempat kejadian setelah ditembak bahagian kaki.

Warga Yahudi yang kononnya diserang oleh mangsa hanya mengalami kecederaan di bahu.

Stesen minyak di mana lokasi berlakunya adegan serangan warga Palestin ke atas warga Israel itu berlaku di lebuhraya 443, barat daya Ramallah, menghubungkan antara Jerusalem dan Tel Aviv.

Stesen radio Israel melaporkan bahawa warga Israel tersebut ditikam semasa sedang mengisi minyak.

Dalam kenyataan seterusnya, pihak tentera menyatakan bahawa berkemungkinan wujud tiga lagi suspek lain yang terlibat dalam serangan tersebut, dan tentera masih mencari suspek di kawasan yang berhampiran.

Serangan ini berlaku ketika ketegangan sedang meningkat di Tebing Barat selepas serangan membakar penempatan orang Palestin oleh ekstremis Yahudi.

Seorang bayi yang berusia 18 bulan dan ayahnya meninggal dunia akibat insiden tersebut dengan dengan lebih 80% kesan kebakaran.

 

Terjemahan : Mohd Khairil Alias
Sumber : Al-Monitor

Tags ,

Related posts

*

Top