Wartawan Dedah Kezaliman al-Sisi Ditahan

Ahmed Mansour, wartawan al-Jazeera yang ditahan
Ahmed Mansour, wartawan al-Jazeera yang ditahan

Ahmed Mansour, wartawan al-Jazeera yang ditahan

Pertempuran di Fallujah semasa kempen perang US terharap Iraq tidak mungkin dapat diketahui dunia sekiranya tidak dilaporkan oleh pemberita Ahmed Mansour dan jurukamera Layth Mustaq. Donald Rumsfield dalam penafiannya mengatakan, laporan Mansour adalah “ganas dan tidak tepat”.

Mansour ditahan semasa perjalanan beliau ke Doha daripada Lapangan Terbang Tegel, Berlin, pada Jumaat lepas. Waran tangkap itu dikeluarkan oleh pendakwa raya di Jerman atas konsultasi Mesir. Terdahulu, waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak Mesir, menuduh Mansour telah “menyeksa seorang peguam” semasa di Medan Tahrir, Cairo, pada tahun 2011. Waran tangkap asal ini tidak diterima oleh Interpol kerana waran itu”tidak menepati syarat” paling asas Interpol. Mansour sepatutnya tiba di Doha kerana bakal mengendalikan sebuah rancangan Tv yang akan tayangkan oleh ratusan juta penduduk di seluruh tanah Arab.

Jerman, menerusi Chancellor Angela Merkel, mengkritik namun menghormati tindakan Mesir semasa lawatan kerja Abdel Fattah el-Sisi ke Jerman baru-baru ini. “Walaupun tidak ada asas, terutama sekali aktiviti keganasan, tertuduh akan dijatuhkan hukuman mati” dalam kritikan beliau.

Tindakan Sisi ini tidak mengejutkan, kerana sebelum ini, Peter Greste, Mohamed Fahmy dan Baher Mohamed, yang juga wartawan Al-Jazeera ditahan, atas tuduhan “membantu” Ikhwan Muslimin.

Permohonan ekstradisi selepas penahanan Mansour oleh kerajaan mahkamah boneka Mesir gagal, apabila Jerman membebaskan beliau daripada tahanan. Ini mungkin berlaku kerana Jerman meragui kesaksamaan mahkamah di Mesir.

Rakaman percakapan Jeneral Mamdouth Shahin, yang merupakan penasihat undang-undang ketenteraan Mesir dengan Ketua Pejabat Presiden Mesir, Abbas Kamel, mengatakan tindakan menahan Presiden Mesir yang sah, Dr Mohammed Morsi di bangunan kementerian dalam negeri adalah tidak sah dan bercanggah dengan undang-undang Mesir.

Ini adalah gambaran sekilas apa yang berlaku di Mesir, dan ini bertambah buruk bila adanya campurtangan kerajaan Britain.

Ironinya, undang-undang yang sedang dikaji oleh kerajaan Britain seakan mempunyai satu sisi pengadilan yang berbeza sepeti yang di berikan kepada perampas kerajaan demokrasi Mesir, Sisi.

Selepas daripada lawatan kerja Sisi daripada Jerman, pihak Mesir kelihatan menukar hukuman terhadap Dr Morsi daripada penjara 25 tahun kepada hukuman mati, sejurus selepas menerima jemputan pemerintah kerajaan Britain. Sebelumnya, bagi mengelakkan dimalukan, Mesir menangguhkan keputusan mahkamah terhadap Dr Morsi, kerana Norbert Lammert, speker parlimen Jerman secara jelas bertemu dengan pemerintah kuku besi, Sisi.

Majalah The Times, mempersoalkan kehadiran Sisi ke Britain dengan alasan Sisi tidak mempunyai kerjasama strategik dengan kerajaan itu., dan supaya akan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir supaya mengembalikan keadaan kepada keadaan demokrasi semula.

Kerjasama daripada Merkel dan Cameron ini, memburukkan lagi kehancuran sosial yang sedia berleluasa di negara-negara Arab, dan ini bukanlah sebagai penyelesaian terhadap masalah di Mesir, tetapi membantu dan mengukuhkan lagi pemerintahan berdarah Sisi.

Sumber: MEM

Mohd Khairil Alias

Tags ,

Related posts

*

Top