Yaman; Presiden Hadi Tidak Mahu Berdamai

 

Abd-Rabbu Mansour Hadi, Presiden Yaman yang dibuang negara, bertegas tidak akan bertolak ansur atau melakukan sebarang rundingan dengan puak pemberontak Houthi di peace talks anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bakal bermula hujung minggu ini di Switzerland.

Hadi menegaskan dalam ucapan beliau Isnin lepas, perbincangan hanya akan tertumpu kepada pelaksanaan resolusi yang dipersetujui oleh Kaunsel Keselamatan PBB pada April lepas. UN Security Council Resolution 2216 meminta pemberontak di Yaman menarik diri daripada sebahagian besar negara Yaman yang telah mereka ‘ambil alih’.

Ketika ditanya jika beliau dan kerajaan pimpinan beliau akan mengambil langkah berdamai dengan puak-puak pemberontak yang dibayangi oleh Iran, beliau menjawab, “Tidak sama sekali.”

Sementara itu, Mohammed al-Houthi, presiden Houthi Revolution Council memberitahu Al Jazeera bahawa puak-puak pemberontak telah mengesahkan kehadiran mereka ke perbincangan tersebut. Beliau menyifatkan kehadiran mereka ke Geneva kali ini adalah “demi rakyat Yaman”.

“Berjuta-juta orang di Yaman berada dalam krisis kemanusiaan yang dasyat dan pihak kami tidak akan berdiam diri melihat rakyat yang tidak bersalah menderita.” “Kami menerima undangan tersebut meskipun serangan-serangan terhadap negara kami masih belum berhenti.”

Beliau turut memberitahu bahawa puak Houthi tidak pernah menolak sebarang bentuk dialog politik tidak kira di Yaman atau di negara-negara luar, namun menegaskan tiada campur tangan luar yang harus mempengaruhi keputusan yang bakal diambil untuk membentuk Yaman yang baharu. Beliau mahu suara rakyat Yaman didengari dan membenarkan mereka memutuskan negara yang bagaimana yang mereka mahukan.

Kumpulan pemberontak tersebut tidak ‘berpuas hati’ dengan beberapa pendirian PBB, tetapi masih berharap PBB berada di pihak yang benar. Beliau menambah, “Semua pihak, termasuklah kami (Houthi) mesti bekerjasama bagi memastikan usaha-usaha PBB terlaksana dan tidak menemui kegagalan.”

Ulasan PBB

Semasa mengumumkan tentang pertemuan Sabtu ini, Ban Ki-moon meminta semua pihak menyertai peace talks tersebut tanpa sebarang pra-syarat. Jurucakap Ban memberitahu, Ban menegaskan berulang-ulang kali kepada semua parti di Yaman untuk ‘bersangka baik’ sesama mereka dalam rundingan kali ini.

Rundingan kali ini bertujuan mendapatkan persetujuan gencatan senjata di Yaman, rancangan penarikan diri puak pemberontak Houthi dari Yaman dan meningkatkan usaha penghantaran bantuan-bantuan kemanusiaan ke Yaman.

Selepas mengambil alih bandar Sanaa September lalu, puak Houthi telah merampas sebahagian besar daripada pentadbiran negara tersebut, yang kemudiannya mencetuskan serangan daripada pakatan Arab ke atas mereka pada 26 Mac lepas.

Dalam temubual yang sama, presiden Hadi sekali lagi menuding jari terhadap Iran, usaha Iran ‘masuk campur’ urusan negara beliau dikatakan lebih berbahaya daripada Al-Qaeda. Iran apabila ditanya, hanya menafikan sokongan terhadap pemberontak Houthi.

“Al-Qaeda could be eliminated, but here we have a systemically politices action.” -Mansour Hadi-

Sumber : AlJazeera

Authors

*

Top